suatu petang yang dingin-dingin beku sampai ke tulang .
" Ja , kau tahu tak yang orang tak percaya kau ex-KISAS "
" tahu "
hins hins * hidung kembang kempis menahan sabar *
aku pusing kiri . aku pusing kanan . membuat perkiraan matematik tambahan . membilang-bilang budak KISAS dekat unibesiti aku . mula terbayang-bayang manusia yang bertudung labuh . eh . ada seketol tudung kurang berbidang namploh .
oh . itu aku . -.-'
*********************
kalau ikut rasional , takkan lah aku nak tumbuk budak yang tak percaya bahawasanya aku ex-KISAS .
atau pergi berdakyah kat dia sampai dia percaya bahawa :
" ya , engkau produk KISAS . sekolah yang melahirkan para ustaz . sekolah yg dibina berkat duit ulama untuk melihat institusi yg bertunjangkan agama terbina "
so . siapa yang salah bila aku nampak tak cukup KISAS .
kerajaan ?
parti pembangkang ?
ibu bapa ?
atau rakan sebaya ?
tak . semua ni salah aku .
aku tak cukup kuat .
kekuatan itu sebenarnya perlu dibina , bukan ditunggu .
aku tak pukul sama rata yang budak bertudung kurang berbidang namploh macam aku nih jahat .
ada satu kisah . seorang pelacur masuk sorga sebab bagi minum hanjeng yg kehausan .
dan aku tak lah cakap yg ustajah-ustajah yang bertudung labuh ni tak best .
aku pun , kalau nak buat menantu , aku cari stok-stok ustajah dekat anak aku
* jauhnya lah imaginasi aku *
tapi , secara analoginya , kau kalau dapat result gempak , mesti lah kau nak result lagi gempak untuk exam yang mendatang .
macam tu lah jugak diri kita . takkan lah kita dah puas hati dengan diri kita sekarang ni .
" Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam , dia adalah orang yang beruntung . Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam , dia adalah orang yang rugi . Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam , dia tergolong dari orang-orang yang dilaknat Allah swt "
Sabda Nabi S.A.W
bangunkan aku andainya aku terjatuh ,
kerana aku manusia yang tak sempurna .
bimbing aku andainya aku tersasar dari landasan ,
kerana aku manusia yang sering terlupa .
jangan berhenti menegur aku ,
kerana syaitan tak pernah berhenti menggoda .
aku perlukan teguran , bukan cakap-cakap belakang .
kerana aku buka psikik :P
2 comments:
jangan berhenti menegur, kerana syaitan xberhenti menggoda..like that=p
ambek ayat orang . hehe
Post a Comment