Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

gua sayang lo

assalamualaikum .

gua hari ini ingin berbicara soal sayang . acewwah !

cop . hari itu aku dah lebat dah berikrar tak mahu guna gua . adeh . barangkali aku memang ditakdirkan untuk jadi begini . redha ya wahai kalian .



dulu kecik-kecik aku kuat layan cerita hindostan , cerita korea , cerita Taiwan .

kumpulan Taiwan eppo (F4) tuh tayah cakap . aku memang hadam nama depa kencang-kencang . birthday segala bagai . padahal birthday mak ayah berbulan jugak nak menghapal . keji punya perangai .

pastu ayat-ayat tipikal hujung episode " I love You " tu memang gua tunggu-tunggu .

saat hero yang hengsem gilos , mengungkapkan kata-kata ni menitik-nitik peluh aku .

bumi seumpama berhenti berputar seketika .

tik tok tik tok . bunyi jam kedengaran di dinding . woosh woosh bunyi kipas berpusing di atas kepala .




" I love You "




persss. macam terlepas beban di bahu saat terungkapnya ayat tiga perkataan ini .


pastu , aku sebagai kanak-kanak yang berwawasan mula berangan-angan agaknya aku nanti camna . hik hik . oke , gedik sangat ni .


okeh . pastu fastforward to a few years .
ke sekolah aku . Kolej Kampung Jawa .

budak sekolah aku stok-stok ostad ostajah belaka . mereka selalu cakap



" Uhibbukifillah "
saya sayang awak kerana Allah




aku macam " herk . "

seriously , aku macam hapahal nak sayang aku kerana Allah pulak . lepak chillex la weh . nak sirius-sirius tu hapahal pulak .



setelah lama aku berkelana , barulah dapat jawapang bak kata orang Terengganu .


mengikut kamus Jordan edisi ke patplohpat erti ayat itu ialah :



engkau mengasihani dia kerana Allah . maka , engkau akan pastikan dia tak buat yang dilarang dan melaksanakan apa yang diperintah kerana kau mahu dia masuk sorga bersama kau dan tak terseksa di neraka Jahannam dan juga di neraka-neraka lain .



when people love you because of Him , it is a gift . tak ternilai .

kerana bila kau tersasar , they bring you back . bukan sebab diupah . tapi kerana sayangnya dia pada kau .

yeah , some people says , hidup yang bahagia tu dah cukup . kawan berderet-deret . setiap kali birthday hadiah ribu raban . bila kita down sebab break dengan balak , mereka bagi motivasi


" tak apa banyak lagi nak dekat hang "


heal yeah lah kawan ramai tu heaven . pergi mana , ada saja orang nak bergelak ketawa bersama.

tapi bagi aku tak .


Abu Lahab dan isteri . ya , mereka hidup bahagia . tapi kasih mereka itu membawa pada neraka . sampai dilaknat oleh Allah dalam Al-Quran . ( surah al-Lahab )

Nabi Muhammad s.a.w dan Aisyah r.a . ya , mereka hidup bahagia juga . tapi kasih mereka membawa ke syurga . swweettttt .

sama jugak lah dengan konsep kita dok berkawan . yeah , we can have a lots of friends , but not all them can bring us to Jannah .

aku tak lah cakap , kawan yang tak zuhud , tinggalkan . kalau semua bebudak kurang sikoh taleh kawan , siapa nak tegur mereka . be friends with them , but in the same time , have friends who can guide you .




yeah , now I know the meaning . sangat paham . setelah 4 tahun berkelana .



tapi




maafkan aku wahai sahabat , kerana aku belum layak nak ucapkan ayat ini buat kalian .




doakan aku . moga satu hari nanti aku mampu cakap


" I love you because of Allah "




buat kalian tanpa keraguan . : )




Wednesday, May 4, 2011

kita bukan Doraemon



sapa penah tengok Doraemon ? sapa pernah sile angkat tangan macam saye . soley soley .

sapa yang tak pernah tengok aku teka dia hidup zaman ayah aku . atau dia hidup zaman bebudak zaman sekarang . main farmville tak tengok katun . halo . hakaq kecik-kecik dulu tanam pokok atas tanah bukan dalam fesbuk .

seriously , im not going to let my kids to have facebook at the age of 10 . oh , seriously .

sudah-sudah . aku bukan nak cerita trend muda-mudi zaman sekarang .

aku nak cerita pasal mesen masa . alah , yang Doraemon dok selalu canang dekat Nobita tuh .

mesen yang boleh bawak kau terbang ke zaman mana yang kau mahu .

aku kalau ada mesen tuh , aku nak terbang ke zaman sebelum aku felai Jordan . zaman ketika aku masih kurus . haih .

ok . aku tipu . sebenarnya aku nak terbang zaman aku kanak-kanak ribena comel dahulu kala .
aku comel tahu dulu . sekarang jelita . * bluek ek ek *






helikopta!






****************




kadang-kadang aku rasa masa sekarang bergerak pantas , tuntas , dan bertenaga . kejap dah subuh , pastu tup-tup dah malam . kadang-kadang buat aku terasa aku masih belum bersedia dengan dunia kematangan . sebab tuh lah aku nak balik zaman muda-muda dulu . dunia tanpa tanggungjawab . ya aku tahu . sampai bila nak stay jadi tak matang kan ? hidup perlukan perubahan .


cuma kadang-kadang aku rasa ada benda yang buat aku menyesal . menyesal kenapa dulu aku tak hargai .


aku kecik-kecik dulu suka gaduh dengan hakaq aku . biasalah . hobi di waktu lapang .

pastuh bapak aku selalu bermadah



" hampa kelai (gaduh) lah . nanti bila hampa dah duduk jauh-jauh , hampa menyesai punya dok buat perangai macam ni "



aku kalau gaduh dengan hakaq aku , Hitler pon naik cuak . pesen tak cakap bulan-bulan .



abang aku pulak ada genetik eksotik . dari mana dia wariskan aku pon tak pasti .

mak ayah aku kalau cuti sekolah selalu bawak famili aku pegi jalan-jalan cari pasal . senang cakap satu Malaysia dah kaver . biasalah , nak melancong obersi poket tak cukop tebai . Malaysia ja mampu .

pastu , suatu hari abang aku usulkan kat ayah aku cadangan yang sungguh bernas . bagi dia lah .



"ayah , abang tamaw ikot mak ayah pi jenjalan dah . abang dah nak masok alam kedewasaan . abang nak belajar hidup berdikari masa mak ayah pi bermusafir di negeri orang"



lebih kurang macam tuh lah ayat dia . aku tambah sebaris dua .

bapak aku tarik nafas dalam-dalam . pastu hembus. tarik lagi hembus lagi . peluh dah menitik-nitik dekat dahi abang aku . biasalah , bapak aku kalau silap timing tok arab pon takot dengan beliau .



" abang yang ayah kasihi , tahukah anakanda sesunggunya anakanda telah mengambil keputusan yang terburu-buru . sesungguhnya anakanda akan mengingati kenangan indah kita bersama pabila abang mula berjauhan dengan keluarga . ayah tak mintak banyak . percayalah , bila anakanda mula berjauhan dengan keluarga , peluang untuk berkumpul semula lengkap dengan seluruh ahli keluarga akan semakin sukar "




tudiahh . pabila ayahku bermadah . ok la . ayah aku tak cakap macam tuh . lebih kurang macam tu lah .



bila aku dah jauh dari keluarga , barulah aku tahu . sesungguhnya ayah ku berkata benar . tiada dusta dan nista di sebalik nasihat beliau . oh kenapa .

sungguh aih . aku sangat merindui zaman-zaman itu . zaman membesar bersama .

dulu bila dapat tawaran pi obersi sedih lah jugak sebab kena berjauhan . pastu , aku pikio

"alah cuti jumpa la balik . nak buat syahdu-syahdu tuh pasai pa ."



tapi , it will never be the same . sambut Ramadhan tak lengkap sebulan macam dulu .

aku tarawikh di benua arab . abang aku tarawikh di benua omputes . mak ayah aku tarawikh di benua khatulistiwa .


tapi mahu tak mahu aku kena ngadap realiti . tipu lah kan sampai mati aku duduk bawak ketiak mak aku lagi .

tapi tipulah jugak kalau aku cakap aku tak rindu langsung zaman-zaman tuh . zaman kanak-kanak riang .


tapi alangkah girangnya di hati ini , andai kata kasih aku pada keluarga aku membawa ke sorga . duduk di sorga bersama selamanya . tiada perpisahan . langsung . wee wee . syoknyew ..


maka , appreciate your family when you still be given with time hokeh ?

jangan jadi macam aku . aku anggap aku kena beli masa . means ? aku beli tiket kapai tobang tu as if macam beli masa lah . beli masa untuk bertemu keluarga .

macam kau beli pendrive , aku anggap tu as if kau membeli ruang . faham ? oh, tolonglah faham .


mak aku cakap karangan yang baik ada penutup , tapi tiada konklusi untuk entri ini . salam .

tidur bersama linangan air mata di pipi .







p.s. aku sangat tak pandai bermadah dengan Bahasa Melayu . terkulat-kulat aku nak susun ayat dlm entri ni . hek hek .
* bajet sasterawan negara letteeww * kata pembaca entri ini .



p.s. tima kasih buat mereka yang suka belog ini . saya hargai . esok-esok buleh undi saya untuk "Blog Paling Popular Kategori Rempit "







Wednesday, April 20, 2011

muka tak cukup KISAS


* entri tak berniat nak belagak dengan status sekolah lama dan aku rasa ex sekolah ini lebih mengerti apa yang nak disampaikan *



suatu petang yang dingin-dingin beku sampai ke tulang .


" Ja , kau tahu tak yang orang tak percaya kau ex-KISAS "


" tahu "
hins hins * hidung kembang kempis menahan sabar *


aku pusing kiri . aku pusing kanan . membuat perkiraan matematik tambahan . membilang-bilang budak KISAS dekat unibesiti aku . mula terbayang-bayang manusia yang bertudung labuh . eh . ada seketol tudung kurang berbidang namploh .


oh . itu aku . -.-'









*********************


kalau ikut rasional , takkan lah aku nak tumbuk budak yang tak percaya bahawasanya aku ex-KISAS .

atau pergi berdakyah kat dia sampai dia percaya bahawa :


" ya , engkau produk KISAS . sekolah yang melahirkan para ustaz . sekolah yg dibina berkat duit ulama untuk melihat institusi yg bertunjangkan agama terbina "




so . siapa yang salah bila aku nampak tak cukup KISAS .



kerajaan ?

parti pembangkang ?

ibu bapa ?

atau rakan sebaya ?



tak . semua ni salah aku .



aku tak cukup kuat .

kekuatan itu sebenarnya perlu dibina , bukan ditunggu .





aku tak pukul sama rata yang budak bertudung kurang berbidang namploh macam aku nih jahat .

ada satu kisah . seorang pelacur masuk sorga sebab bagi minum hanjeng yg kehausan .


dan aku tak lah cakap yg ustajah-ustajah yang bertudung labuh ni tak best .

aku pun , kalau nak buat menantu , aku cari stok-stok ustajah dekat anak aku
* jauhnya lah imaginasi aku *

tapi , secara analoginya , kau kalau dapat result gempak , mesti lah kau nak result lagi gempak untuk exam yang mendatang .

macam tu lah jugak diri kita . takkan lah kita dah puas hati dengan diri kita sekarang ni .




" Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam , dia adalah orang yang beruntung . Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam , dia adalah orang yang rugi . Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam , dia tergolong dari orang-orang yang dilaknat Allah swt "

Sabda Nabi S.A.W







bangunkan aku andainya aku terjatuh ,
kerana aku manusia yang tak sempurna .

bimbing aku andainya aku tersasar dari landasan ,
kerana aku manusia yang sering terlupa .

jangan berhenti menegur aku ,
kerana syaitan tak pernah berhenti menggoda .





aku perlukan teguran , bukan cakap-cakap belakang .

























kerana aku buka psikik :P