Assalamualaikum.
tak tahu nak start macam mana. dah berhabuk keyboard lama tak menulis. ketagih nak menulis semula bila risau memikirkan adik kesayanyan jauh di Malaysia.
Saya punya adik, namanya Afif dan kami panggil Apit. Sejak kecil membesar bersama. turun ke sawah, pergi sekolah berbasikal bersama. kami jarang bergaduh kerana punya kepala yang sama. zaman kecik-kecik dulu orang kata di mana ada Apit di situ ada Ja.
Zaman berlalu manusia membesar. kakaknya punya kawan sendiri adiknya ada kawan sendiri. dan kakaknya fikir adiknya sudah mampu bderdikari membuat keputusan sendiri.
Tapi dua tiga peristiwa berlaku yang membuatkan seorang kakak tidak mampu mengelak dari melinangkan air mata setiap kali selesai berbual bersama di telefon.
Kesibukan seorang kakak mengakibatkan lupa pada dia yang seorang itu.
Adik saya mungkin tak sama hidupnya seperti kami yang kebanyakan orang kata punya jalan yang tidak berliku. Adik saya lain ceritanya.
Dari seorang pelajar Maktab Mahmud, berpindah ke Integrasi Kubang Pasu hinggalah ke sekolah lama kakaknya Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.
Tidak kisah dengan perjalan hidupnya tapi risau akan perjalan tarbiyahnya.
Emak selalu bercerita "Apit kalau jemaah dengan mak, selalu baca doa panjang. Doa yang dia hafal masa Maktab dulu"
Paham dengan kesayuan cerita emak. Masa Apit mula mendaftar masuk Maktab, ceria si emak jelas kelihatan. Barangkali semenjak mengandung mengharapkan seorang imam yang dapat mengimamkan sembahyang jenazah beliau nanti.
Tapi, akhirnya Apit mendaftar keluar.
Baru-baru ni result SPM keluar. Sebagai seorang kakak agak kecewa dengan keputusannya tapi lagi mengecewakan bila Apit selesai sekolah menengah tanpa tarbiyah. Risau dengan jiwanya yang kosong.
Agak tak adil bila memikirkan kami di Jordan belajar dengan Al-Quran bersama Syeikhah Arab, berusrah bersama kakak-kakak yang boleh mengingatkan kami tentang dunia di sana.
Tapi adik di Malaysia kosong.....
Bimbang sibuk mengagendakan orang lain sehingga lupa dengan agenda adik sendiri.
"Be a man with a future, not a man who give up with their future"
Acapkali mengingatkan dia tentang ini. Dan acapkali juga mengingatkan dia bahawa Al-Quran itu bukan untuk budak Maktab sahaja, sembahyang jemaah itu bukan untuk budak Maktab sahaja.
Dan setiap kali bercerita, nampak penyesalannya mengambil keputusan untuk keluar dari Maktab. Barangkali dia sedih melihat perkembangan diri tatkala melihat raka-rakan lama makin laju melangkah.
Dan sangat faham kekecewaan Apit kerana kakanya dulu pernah berada dalam kasut yang sama.
Mula serius memikirkan untuk Apit. Untuk mengagendakan seorang adik, habis puluhan dinar tidak mengapa. Tidak sanggup menangis di kemudian hari hanya kerana mahu berjimat suatu ketika dulu.
Jauh beribu batu ridak mampu mengingatkan Apit tentang adanya Allah untuk mendengar. Hanya mampu menghantar doa untuknya. Semoga Allah tetapkan kami dalam hidayahnya.
Giving up is not an option. I want my old Apit. Apit that can lead the prayer. Ameen.
*entah kalian paham ke tak entri ni. :P