apa-apa hal . aku nak mintak maaf . mintak maaf diatas kekasaran bahasa dalam entri yang sabalom-sabalom ini dan yang akan datang .
syahdu pulak tetiba .
hari ini , aku nak bagi motibasi . motibasi buat kawan-kawan aku yang tak felai .
yalah . sekarang kan zaman bebudak pasca SPM tengah intebiu . maka aku tahu . ada jugak yang tak dipanggil untuk intebiu . jangan sedih . kerana anda perlu bersyukur kerana diberi peluang belajar di Malaysia .
kenapa ?
he he . meh nak setori .
sudah menjadi adat rakyat jelata , kanak-kanak yang felai dipandang up .
pastu bebudak felai ni pun selalu mendongak ke langit [baca : belagak]
tapi tak semua macam tuh . ada yang zuhud . contoh , aku .
tapi . tapi . tapi .
aku rasa sangat lah sorga kalau aku boleh belajar di Malaysia .
*sila take note . aku tulis entri ni tatkala aku homesick tahap petala teratas *
sebab Malaysia ada cendol pulut .
sebab Malaysia ada mak ayah aku .
sebab rakyat Malaysia cakap bahasa Melayu .
sebab Malaysia ada pasembor . peh .
dan yang paling aku suka pasal Malaysia ada lah sebab Malaysia beriklim khatulistiwa , bertanah pamah , dan pelbagai jenis tanah yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti nenas , padi dan kelapa sawit .
* aku rasa macam tengah mengajar subjek Geografi *
perasaan jadi rakyat yang dilahirkan dalam iklim ni semakin menggelojak bila aku duduk Jordan
sebab Jordan cuaca dia ikut emosi . sat dia ok . sat dia mengamuk . sat di panas sampai tahap menggelegak otak aku .
kau nak tahu berapa suhu paling rekod Jordan penah buat ?
45 darejah . buleh buat badan aku menggelupur kepanasan .
masa musin sejuk hari tuh , 3 darejah . time-time macam tuh , adalah sangat tidak menggembirakan hati bila punding kencing kau mula bagi isyarat dekat otak kau ,
" masuk toilet . masuk toilet . masok toilet . aku dah penuh " azab tahu .
sebenarnya , di mana pun kau kena campak , kau kena bersyukur . sebab Dia takdirkan sesuatu itu bukan untuk sia-sia . akal yang diberi , guna . cari hikmah yang tersembunyi di celah-celah pancaran neon . aceh . bahasa aku .
aku rasa entri ni kurang mengancam .
next entri , insyaALLAH
" apa yang kau tak tahu pasal Jordan yang aku kena bagitahu agar kau tahu supaya dapat bagitahu orang lain "
aku dah nak out . doakan aku exam . hari Khamis . kimia yang berorganik . sehram weh .
0 comments:
Post a Comment