Friday, April 29, 2011

the unspoken language

300 km away .

a mom separated from a daughter .

no need a word . not even one .

the look told everything .

I miss the hug .

I miss the warm .

I miss the touch .

paying hundreds of dinar ,

just to see her face is enough .



tengok muka mak ayah dapat pahala .

hari ni , aku tak dapat nak buat macam tu .



Mak . take care . makan bagi cukup . Ja tak dapat nak jaga Mak hari ni . sakit demam Mak .
maafkan Ja .

smile always . bacause your smile enlighten my world .


tanpa sentuhan kasih dari rahimmu , takkan ada manusia yang bernama Fauwiza wujud di dunia ini .

maafkan segala terkasar bahasa , melawan kata .

I love you.

you know that .





Monday, April 25, 2011

berpantang

hari ini



saya langgar pantang .


saya layan lagu Linkin Park ( Faint )


2pac ( Runnin )


Mariah Carey dengan Whitney Houstan ( When you believe )


P. Diddy ( I'll Be Missing You )


Tarzan Soundtrack ( You'll be in my heart )



stok-stok lagu inspirational .


kalau kau layan lagu ni , kau sejiwa dengan aku . stok sep-sep gua .





dengan lagu ni aku membesar tatkala orang lain membesar menghafal Juz Amman on the way pergi sekolah .




tak apalah . dari aku layan lagu Slipknot pergi kelas ngaji .



ni lah akibat bila tak ada motif nak apdet , gedik jugak phalanges aku nak tekan keyboard .







Friday, April 22, 2011

aku tengah panas . tolong sejukkan

haih .


uff . suruh orang bersabar lagi mudah dari suruh diri sendiri bersabar .


lebat bagi tazkirah tak mampu bina common sense kita , kalau kita tak hayati apa yang kita cakap .


bijak pelajaran tak mesti kau bijak ambil peduli perasaan orang .


dont expect people to respect you , if you dont know how to respect their right .


gua tak marah jadi dekat gua . tapi puh-les lah jangan buat dekat orang lain .


eh . tak . gua marah lah sikit .


ok . sabar . sabar .



untuk orang yang tengah menggelegak macam saya , terimalah ....






Abu Hurairah r.a berkata seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W dan meminta wasiat (nasihat dari baginda) . Lalu Baginda berkata

" Janganlah kamu marah ! (Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama : Janganlah kamu marah ! Janganlah kamu marah ! Janganlah kamu marah! "

( Riwayat al-Bukhari )



dah . jangan marah-marah .

" Kite enjooyyyyyyy! "







Wednesday, April 20, 2011

muka tak cukup KISAS


* entri tak berniat nak belagak dengan status sekolah lama dan aku rasa ex sekolah ini lebih mengerti apa yang nak disampaikan *



suatu petang yang dingin-dingin beku sampai ke tulang .


" Ja , kau tahu tak yang orang tak percaya kau ex-KISAS "


" tahu "
hins hins * hidung kembang kempis menahan sabar *


aku pusing kiri . aku pusing kanan . membuat perkiraan matematik tambahan . membilang-bilang budak KISAS dekat unibesiti aku . mula terbayang-bayang manusia yang bertudung labuh . eh . ada seketol tudung kurang berbidang namploh .


oh . itu aku . -.-'









*********************


kalau ikut rasional , takkan lah aku nak tumbuk budak yang tak percaya bahawasanya aku ex-KISAS .

atau pergi berdakyah kat dia sampai dia percaya bahawa :


" ya , engkau produk KISAS . sekolah yang melahirkan para ustaz . sekolah yg dibina berkat duit ulama untuk melihat institusi yg bertunjangkan agama terbina "




so . siapa yang salah bila aku nampak tak cukup KISAS .



kerajaan ?

parti pembangkang ?

ibu bapa ?

atau rakan sebaya ?



tak . semua ni salah aku .



aku tak cukup kuat .

kekuatan itu sebenarnya perlu dibina , bukan ditunggu .





aku tak pukul sama rata yang budak bertudung kurang berbidang namploh macam aku nih jahat .

ada satu kisah . seorang pelacur masuk sorga sebab bagi minum hanjeng yg kehausan .


dan aku tak lah cakap yg ustajah-ustajah yang bertudung labuh ni tak best .

aku pun , kalau nak buat menantu , aku cari stok-stok ustajah dekat anak aku
* jauhnya lah imaginasi aku *

tapi , secara analoginya , kau kalau dapat result gempak , mesti lah kau nak result lagi gempak untuk exam yang mendatang .

macam tu lah jugak diri kita . takkan lah kita dah puas hati dengan diri kita sekarang ni .




" Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam , dia adalah orang yang beruntung . Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam , dia adalah orang yang rugi . Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam , dia tergolong dari orang-orang yang dilaknat Allah swt "

Sabda Nabi S.A.W







bangunkan aku andainya aku terjatuh ,
kerana aku manusia yang tak sempurna .

bimbing aku andainya aku tersasar dari landasan ,
kerana aku manusia yang sering terlupa .

jangan berhenti menegur aku ,
kerana syaitan tak pernah berhenti menggoda .





aku perlukan teguran , bukan cakap-cakap belakang .

























kerana aku buka psikik :P

Sunday, April 17, 2011

kenapa anda perlu bersyukur belajar di Malaysia

haip .

apa-apa hal . aku nak mintak maaf . mintak maaf diatas kekasaran bahasa dalam entri yang sabalom-sabalom ini dan yang akan datang .

syahdu pulak tetiba .


hari ini , aku nak bagi motibasi . motibasi buat kawan-kawan aku yang tak felai .

yalah . sekarang kan zaman bebudak pasca SPM tengah intebiu . maka aku tahu . ada jugak yang tak dipanggil untuk intebiu . jangan sedih . kerana anda perlu bersyukur kerana diberi peluang belajar di Malaysia .

kenapa ?

he he . meh nak setori .


sudah menjadi adat rakyat jelata , kanak-kanak yang felai dipandang up .

pastu bebudak felai ni pun selalu mendongak ke langit [baca : belagak]

tapi tak semua macam tuh . ada yang zuhud . contoh , aku .

tapi . tapi . tapi .

aku rasa sangat lah sorga kalau aku boleh belajar di Malaysia .
*sila take note . aku tulis entri ni tatkala aku homesick tahap petala teratas *



sebab Malaysia ada cendol pulut .

sebab Malaysia ada mak ayah aku .

sebab rakyat Malaysia cakap bahasa Melayu .

sebab Malaysia ada Akademi Fantasia

sebab Malaysia ada pasembor . peh .



dan yang paling aku suka pasal Malaysia ada lah sebab Malaysia beriklim khatulistiwa , bertanah pamah , dan pelbagai jenis tanah yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti nenas , padi dan kelapa sawit .

* aku rasa macam tengah mengajar subjek Geografi *



perasaan jadi rakyat yang dilahirkan dalam iklim ni semakin menggelojak bila aku duduk Jordan

sebab Jordan cuaca dia ikut emosi . sat dia ok . sat dia mengamuk . sat di panas sampai tahap menggelegak otak aku .

kau nak tahu berapa suhu paling rekod Jordan penah buat ?

45 darejah . buleh buat badan aku menggelupur kepanasan .



masa musin sejuk hari tuh , 3 darejah . time-time macam tuh , adalah sangat tidak menggembirakan hati bila punding kencing kau mula bagi isyarat dekat otak kau ,

" masuk toilet . masuk toilet . masok toilet . aku dah penuh " azab tahu .


sebenarnya , di mana pun kau kena campak , kau kena bersyukur . sebab Dia takdirkan sesuatu itu bukan untuk sia-sia . akal yang diberi , guna . cari hikmah yang tersembunyi di celah-celah pancaran neon . aceh . bahasa aku .




aku rasa entri ni kurang mengancam .


next entri , insyaALLAH

" apa yang kau tak tahu pasal Jordan yang aku kena bagitahu agar kau tahu supaya dapat bagitahu orang lain "


aku dah nak out . doakan aku exam . hari Khamis . kimia yang berorganik . sehram weh .















Tuesday, April 12, 2011

bila aku terpaksa belajar dari dunia blog

* entri ni ditulis pabila aku dah mula gelak sorang-sorang baca buku Fisio . aku takot jadi gila tak pasal , maka aku datang sini melepaskan tekanan *


Assalamualaikum . jawablah . salam ini kan perbualan ahli sorga .


okeh. hari ini aku nak cerita pasal blogging . ya lah . 2 3 hari ramai betol orang cakap suka blog aku . padahal baru 2 orang . aitch .

maka bila dah kena puji , perasaan menggeletis nak update tu semakin menggelojak .


okeh . teros pada topik perbincangan .


kenapa kau berblogging ?

sila jawab dalam hati buat kalian yg ada blog . yg tak ada , sambong baca entri aku agar kalian habes baca entri ni 5 , 6 saat lg awal dari mereka yg ada blog . adil bukan aku?


kenapa kenapa ?

sebab nak cari bakal suami ? bakal ibu mertua ? bakal cikaro ke 2 , 3 atau 4 ?




aku rasa ada orang bagi alasan blogging sebab

" saje suke-suke . macam tulis diari hidup I"


oh , alasan macam ni maaf . aku tak buleh nak terima . sebab ikut rasionalnya , diari orang tulis pastu simpan dalam loker . kalau publish masok internasi bukan diari namanya itu . he he .

always remember , everything that being post into the internet , it stay there .



apa-apa jenis alasan yg kalian bg , aku ada jawapan tersendiri .

aku blogging sebab nak pemes . NGAHAHA!






fame






senang cakap orang yang berblogging ni memang nak orang baca hasil penulisan dia la kan ?

macam aku lah jugak . aku rasa sangat sodap bila orang kumen entri aku . sebab tujuan aku menulis memang sebab nak bagi orang baca . kalau orang komen means dia baca . hipotesis mudah .


tatkala muda-muda dulu , incik ini penah berkata .


" blogger dahulu dan kini tak sama . dulu , blogger menulis sebab mereka memang suka menulis dan nak menyampaikan ilmu . nak cari blogger yang berkualiti zaman sekarang memang susah . banyaknya tak ada nilai . banyakkan letak iklan berjela-jela tepi blog . nak cari femes . letak gambar 45 darjah muncung itik "



lebih kurang macam tu lah ayat dia . aku tambah sikit .

dan aku terasa . sangat .


maka mulai hari itu , aku mulai meletakkan hala tuju baru buat blog aku ini . apa dia . nantilah aku cerita . kalau aku semangat cerita pon macam ada orang nak baca .


cuba contohi macam blog ni . ini baru blog true! . dengan istilah-istilah yang memang kau kena bukak Kamus Dewan edisi 4 . acctually dia ni kawan aku . nak masok minang dia buleh cakap dekat aku . insyaALLAH tak menyesal .


lagi satu . kenapa kau kena fikir apa yang kau nak letak dalam blog kau ?

sebab kau tak tahu nak mati bila .



bayangkanlah . seorang amoi dari Bahrain buat entri


" mankaq (mangkok) punya pak cik bas . aku sepak *sensored* baru tahu !!! " . dalam bahasa Bahrain .

pastu dia mati . innalillah .

takkah orang akan pandang slek (serong) dekat amoi ni kalau dah last entri dia dok mengata orang .



Nabi sendiri pernah berpesan bahawa 3 benda yang dibawa mati adalah doa anak yang soleh , sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat . okeh . aku ulang . ilmu yang bermanfaat .

kalau kita tulis benda baik dan beri manfaat pada orang lain , kan bagos .

bawak bekalan bebanyak .


pastu kita mahu kah , entri kita yang menceritakan maksiat kita dibaca bila kita mati .

ongoing dosa . ufff . takowt2 .


okeh . aku tak tahu apa jenis konklusi aku nak letak untuk entri nih . pikio-pikolah sendiri . semua aku nak pikiokan lipid (lemak) ah .

eh . tetiba datang ilham .


semua orang boleh ada blog , tapi tak semua orang boleh menulis blog .


caloh ! mintak mahap terkasar bahasa terlembut suara . doakan aku exam esok (:









Saturday, April 9, 2011

pabila ku rasa Jordan itu indah

haip haip .

mereka kata aku rajen apdet . tak bertepatan dengan jiwa budak perubatan .

nak buat macam mana ilham datang tanak nak benti . hi hi *gelak gedik*

sebelom aku melalut . nak bgtahu entri ni tiada gambar di Jordan . alah . kau tahu lah . internasi di rumah aku ni tumbesaran tak sempurna .

tahun depan aku pindah , aku akan apdet dengan lebih berdedikasi .



okeh . cer citer cer citer

sekarang Jordan dah masok musim bunga . bunga dia cheq nak habaq bagi



LAWA GILAH LAH!



kau byangkanlah tepi-tepi jalan dalam semak samun kau nampak bunga kaler merah lah , kuning lah , unggu lah .

ulang eh . tepi jalan dalam semak samun . dekat Malaysia kau jumpak Hantu Kak Limah ada lah .

aku bukan nak kutuk Malaysia . sebenarnya Malaysia lagi maju pada Jordan . tapi aku nak setori apa yg ada di Jordan n not in Malaysia . kalau aku nak cerita Malaysia ada KLCC baek kau gugel .


and dekat unibersiti aku , bunga dia lagi masyuk . ada satu pokok tuh bunga dia macam pokok Sakura . alah macam dalam cita Para Para Sakura tuh . kaler unggu nak pink . perss .

tengok tengok . sejiwa rempit mana pon pompuan tu , tapi bila mai bab-bab bunga cayaq (cair) jugak . kaum Adam buleh la take note . tapi bagi dekat bini lah . tak kesah la bini nombot berapa pon .



tapi . acctually acctually nya . aku nak cerita pasal sorga .

mereka kata nikmat di sorga taleh bayang . tak sama macam di doniah .

dekat Jordan ni pon aku tak habeh lagi kagom dengan bunga-bungi dia .





agak-agak bunga dekat sorga macam mana lah gamaknya .







hatiku merayu rindu
kasih ku pada Mu syahdu
munajat hamba pada Mu
mengharap kasih sayang Mu

carilah ilmu mengenal Allah
tanamkan takut neraka Allah
semaikan harap syurga Allah
carilah keredhaan Allah







p/s . mendoakan untuk aku dan kalian lepas exam akhirat .






Monday, April 4, 2011

saya objek nerd episode II

Hi . saya lagi .

aku dah bertekad tanak guna gua . rasa tak jelita .

berbalik pada topik perbahasan hari ini . aku nak meluahkan rasa yang terpendam . yang dah lama aku pendam .


aku dah jatuh cinta dengan Pak Cik bas .


oh , keji . Pak Cik tuh da kawen .

yalah-yalah . fatamorgana semua itu .


acctualy aku nak cerita pasal meter 'nerd'ity aku dan juga rakan-rakan taulan yang lain .

yang makin hari makin ngeng . makin hari tangunggjawab makin diabai . aku la tu . haih .

sebenarnya , aku pun pelik kenapa aku sangat wori kalau jadi nerd . yalah sapa suka jadi nerd .


aku rasa nerd adalah satu jangkauan dimana dalam skop palaotak kau memang tadak benda lain selain silibus-silibus dalam buku . uff . sungguh tak bewarna .

aku penah jadi nerd dan aku taubat tanak jadi lagi .

tapi baru-baru ni aku kena sepak [baca : tegur ]


sebenarnya kenapa kita wori orang cop kita nerd ?


yah . sebab kita tak ikhlas belajar .

kita tak ihlas nak tuntut ilmu .

dan ilmu tuh daripada siapa ?

yah , lagi sekali . dari Allah .

maka kau tak ikhlas dengan sapa?

yah , kau tak ikhlas dengan Allah .



orang yang betul-betul ikhlas tuntut ilmu dia tak akan kisah who the hell they are yang cakap dia nerd . as long as dia tahu usaha dia dipandang Allah .
yang kau nak wori nampak nerd dari pandangan mata manusia tu hapahal .

redha sapa yang kau cari sebenarnya ?



people will kept saying

"hang ni tak dak life . NERD! tak enjoy langsong hidop hang"

ahhh . abaikan semua itu . bila hang dah berjaya , they come back to you and say



" hai! hang dulu penah beli geremit [ baca : pengasah pensel ] ngan aku "

" hai , dulu kita penah balut buku sama-sama "


* sorilah emo . emo dengan diri sendiri *


so , from now on . abaikan mulut orang . mulut orang sampai bila tak puas .

tapi , pastikan niat kau belajar betul . kalau belajar sebeb nak pemes memang nak kena sekeh la kan .


lagi satu , yang mereka dok sebok-sebok cakap tadak life hapa kebenda tuh .

meh sini sat aku nak tanya .


" whats the meaning of life acctually ? "



hidup kau sebenarnya adalah untuk mati . menyediakan bekalan unutk mendapatkan kehidupan yang lebih indah disana . yang lebih kekal abadi .

so , who the hell they are to tell you the meaning of life .

back off la weh !

okeh . sudah . aku dah puas tumbuk diri sendiri .



kalau kau nak tahu , dari awal entri sampai akhir entri aku tengah marah diri sendiri . meronta-ronta dia merayu kat aku jangan jadi nerd . tapi aku tahu . saiton punya kerja . nyah kau!

aku nak out . tima kasih buat sapa yang baca blog winabe ni . hidup segan mati tak mahu . moga dapat manfaat .


chaloh bette . selamat menjadi nerd yang hengsem !