Thursday, March 31, 2011

gua makhluk nerd

ufff . sudah lama tak apdet . hai tok njang , tok lang , kakak , sepupu .

sebenarnya aku nak sampaikan hasrat di hati bahawasanya orang yang dok baca belog ni teridiri daripada incik-incik yang ada pertalian sedare dengan I je .

aku rasa kalau tiada sifat 'membangunkan bangsa seniri' dalam jiwa sedare-sedare I , tadenye I nak ade followers . *big sigh*

hapahal cakap key el nih .

maka nak cakap kata , blog aku ni tak bergaul dengan anon-anon . tak apalah . hijau lagi budak ni .

aku tahu kalian tak paham . aku pun tak paham apa aku nak bagitahu sebenarnya .


aku exam hari ini . biasalah orang belagak . sempat lagi apdet blog .

aku exam Histo . minggu depan organic chem .

pastu Fisio .

pastu Anat .

pastu

pastu

pastu

hang agak-agak lah sendiri . gua memang exam tanpa henti .

kejam .



orang bersukan , aku baca buku . dasar nerd la tuh apa lagi .

aku just nak habaq [baca: bagitahu] , kalau kalau jumpa aku kot-kot Pendang atau Irbid dah jadi macam ni
































jangan lah tak tegur plak . sudah-sudah la tu buat aku jadi anti-sosial .





Thursday, March 10, 2011

kenapa mahu jadi doktor



Hi! .

ya aku lagi .

aku tiada co-outhor . maka anda bakal mengahadap penulisan yang bosan ini sepanjang mana blog ini masih hidup .

padan muka . wek wek .

yah . seperti yang dah dijanji [kepada pembaca yang 2 3 orang itu ]













jeng jeng jeng


















entri bertajuk 'Kenapa mahu jadi doktor' ? !!!









* bunyi cengkerik*















2 3 hari lepas . aku dapat satu fakta yah uff . sungguh menikam kalbu . yang membuatkan aku rasa macam tidur itu bukan lagi satu perkara yang best . sangat-sangat hilang mood .


aku baru tahu .











doktor gigi kerja waktu office hour!

doktor gigi
dapat weekdays!

doktor manusia tiada cuti

weekdays!




wadafungus!







aku rasa macam dah lupa kenapa kecik-kecik dulu mahu jadi doktor .

padahal dulu aku lah tergedik-gedik nak jadi doktor .



orang tanya awat nak jadi doktor . aku cakap sebab minat biologi .

dasar pemikiran kanak-kanak belum mumayyiz .

padahal biologi tak penah-penah nak dapat A .





orang cakap susah , aku picit hidung dia puas-puas .

orang cakap kerja doktor ni penat , aku cakap dia tipu .

orang cakap doktor ni lambat kawen . okeh . yang ini aku diam . isu sensitip .

*maaflah lately banyak betol cakap pasal kawen .ya lah . dah masok zaman unibesiti . isu kawen tak penah lekang. kau pun tayah la bajet qudus . macam tak penah buat ja.

hik hik .





aku hidup beribu-bapakan cikgu kedua-dua .

hujung minggu cuti .

cuti sekolah pergi jalan-jalan . bertahun-tahun bergaya hidupkan kehidupan haven lah .








pagi-pagi bangun mak masak cekodok , nasik lemak serta kuih-muih tempatan yang lain .


so , macam mana aku nak bina masa depan yang tak sama sperti mana ketika waktu aku membesar dulu-dulu . sekarang pun masih sedang membesar . ceh .



aku tak bule bayang hidup tanpa weekdays .

kalau ini bukan neraka , aku tak tahu la azab dekat sana macam mana .





pastu doktor ni ada oncall . doktor gigi tiada . cit .



banyakkanlah

manusia yang cukup sukakan tidur mcam aku ni , malam-malam kena bangun nak selamatkan orang . and he/she/between he & she is a perfect stranger to me .


apa kehenye aku baik sangat sampai tahap macam tu .


pastu buku dia hang tak payah cakap la . dah la gemok . tebal . tulisan kecik-kecik . rapat-rapat .
nak-nak pulak buka yang ilustrasi yang sunggoh tak mempersona mata aku .





tapi . satu benda yang buat aku rasa nak shapel balik sambil berlatar belakangkan lagu 'sori sori'.

ya . aku tahu buruk .






" sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya "

~ At-Tin , versus 4 ~





heh . ayat Dia memang selalu buat aku rasa macam kena sepak dengan tangan .

banyak komplen plak dia .



ayat tu cakap kita ni sebaik-baik kejadian .

kiranya tulang kaki , usus perut kecil , buah pinggang dan sebagainya adalah terbaik la kan ?


daripada kau kena stadi struktur perut lembu , perut manusia lagi menarik .

perut lembu ada empat . satu hal pulak nak hapal empat perot .

yang pasal cuti-cuti semua tu , butakan mata , pekakkan telinga , tutup lubang hidong .

dunia ni hanya sementara .



bersyukurlah diberi nikmat untuk belajar pasal ciptaan yang dicipta sebaik-baiknya .

syok apa .





kalau semua nak bagi India Cina rembat

lemak ah cenggini .





peringatan untuk bakal doctor .

jangan tidoq dalam kelas woi .

kot ilmu yang hang belajaq time hang tidoq tu la hang nak kena guna masa nak operet orang nanti . bahaya tahu .

nyawa anak orang jangan dok buat main . ntah-ntah patient hang tu anak along Bukit Beruntung

ha . berasap la nanti .







aku tak lah hebat mana nak bagi elaborasi lagi . boleh baca sini untuk keterangan lanjut .


sekian .


chaloh beteh !







segan


bila aku segan aku rasa macam nak penerajang orang




















benarlah kata mereka tulisan aku memang ganas.

tak padan dengan pompuan .

nak buat macam mana . jiwa rempit ni susah betol nak buang.





tapi

kalau dah asek cakap pasal kawen.

sapa tak segan.

adeh








p.s. sori tak dapat hapdet blog . internasi rumah bantot . ya2 . aku tahu . aku perasan ada orang baca blog ini . sedar diri la weh .




incoming entri "kenapa mahu jadi doktor"










Friday, March 4, 2011

aku makhluk desperados



yeah . tanpa segan silu mengaku .

tak sampai 24 jam , post entri baru .

desperados la tu kan .

tak apa .

demi hakak [baca:kakak] gua .

nama penuh ikot IC ?

uih mana buleh bagi tahu .

yg penting nama dia Hani .




APA YANG ANDA TAK TAHU PASAL BELIAU TAPI SAYA TAHU .


1. 2.03.1990 adalah birhday beliau . eh . sori yang ini semua tahu .


2. beliau ni mak aih . garang tu tak payah cakap lah . ada persamaan sedikit dengan aunty I yang sorang tu . tapi hati beliau flufy . sangat . contoh nanges bila kena marah dengan mak . weng2 .


kalau nak betekak dengan dia , awal-awal lagi aku angkat bendera putih . aku nak hidup lebih lama .


3. beliau sayang saya . eleh tayah la nak blushing . bek mengaku cepat .


4. beliau ni sebenarnya otak bijak . tapi malas kurang rajin .


kenapa saya cakap dia bijak ? [sekejap aku, sekejap saya, sekejap gua. ahhh. bantai]


bijak bukan bermakna kau dapat phD dalam kos petroleum enginering semata . bukan bermakna kau jadi doktor kau pandai .


beza mereka semua hanyalah rajin dan tak rajin . pendapat aku lah .


so, dia kategori kurang rajin bukan tak bijak .


macam mana aku tau . aku tau lah . dah nama pun akak gua . mestilah paham jiwa beliau .


akak aku ni banyak bukak mata aku luas-luas macam mana nak wusha meneliti orang dengan cara yang lagi kaboom .

contoh


"Ja tengok , kalau perempuan kurang jelita menggedik mesti laki akan cakap geeddiikknywew"

" tapi kalau bagi stok-stok Hamis Jalikha , Fatin Liyana menggedik mesti depa cakap , cuuteeenyeeeww"


ha, tengok .

idea beliau memang bernas dan lemak berkrim .

tapi aku tak kata semua lelaki macam itu ok .

sebenarnya contoh ni tak cukup mengancam .

ada lagi , tapi da lupa . biasalah hari-hari telan semut dalam gula .







DAN APA YANG DIA TAK TAHU PASAL SAYA

saya sayang dia . sangat .

saya rindu dia . hari-hari .












Thursday, March 3, 2011

hari aku kau dan mereka perlu bersedih



*amaran keras. aku banyak cakap lebat dalam blog . tak bermakna aku sebaik itu [baik ke]. but trying to be like that*



salam.


hari ini berapa hari bulan anak-anak ? [waktu jordan]

oh, tepat!


3 Mac


hari ini bukan hari jadi bakal mak mertua aku [aku pun tak tahu siapa]



tapi adalah hari untuk aku kau dan mereka untuk bersedih.

oh, bukan sebab duit elaun habes area-area ini .

tapi , terjatuhnya sistem khilafah adalah pada hari ini . sob3 :'(


eh . apa itu khalifah ?


mai duduk dekat-dekat, rapat-rapat . bawak palaotak minda masing-masing nuuuuun jauh ke sana .







beratus-ratus tahun yang dahulu .

tahukah anak-anak bahawa dahulu kala tamadun Islam ini luas.

2/3 dunia bhai . by population not area oke.


kau bayangkan kau jalan-jalan, eh orang Islam . jalan lagi . eh, kau pun Islam jugak . jalan lagi . dan kau boleh agak jalan cerita yang seterusnya .



dan Islam mereka bukan seperti Islam sekarang .


Sabda Baginda SAW :

"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."




2/3 tuh dinaungi oleh seorang sahaja ketua . peh . hensem habeh .



kau bayangkanlah . sebagai contoh

seorang perempuan kena harass area-area Kuala Tampin . tapi khalifah yang duduk belah-belah Timur Tengah bule dengar 'rintihan' perempuan tuh.

dan tindakan segera diambil walaupun perempuan itu melayu dan khalifah itu arab . waaaahhh.. sooo keeeewwwlll .

aku bg secara contoh . nak bagi anda sekalian nampak.

nak cakap kata, sistem khalifah dolu-dolu bukan satu tempat . tak dibatasi perbezaan budaya dan kaum . asalkan kau Islam , kau akan dinaungi . best bukan?

pastu rijal [baca:lelaki] zaman dulu sangat lah stailoh .

you name it .


Salahuddin al-Ayubi

Khalid al-Walid

Thariq bin Ziyad


rokok-rokok ni tak main la .

rempit apatah lagi

[jangan kau nak berhujah dengan aku zaman dulu tadak moto]


berwawasan tahu . calon suami idaman .







ini bergaya




kau bule bayang tak ni . aku dah semangat bagi deskiripsi .


best kan?

tapi hari ini , itu semua sudah tiada .

tak pasti ke mana hilangnya rijal yang hensem-hensem dulu .

tak pasti di mana lagi tempat kalimah Allah ditegakkan .


eh , aku pasti kenapa .

sebab sistem khilafah sudah tiada .

musnah.

orang Islam sudah tidak dinaungi lagi. terbiar .

dipijak-pijak .

wahai ladies dan gentleman yang jelita serta macho sekalian . bangkit lah semula . ikut balik apa yang disuruh . jangan ikut kata hati . itu propaganda *sensored* barat semata.



surat cinta dari Dia hayati .

kata-kata Baginda amalkan .






tak mahukah kita lihat seluruh umat Islam bergabung semula ?






Mesir
2 juta manusia . satu imam .
















Wednesday, March 2, 2011

kenapa saya sayang dedi saya






untuk post kali ni kata ganti nama diri pertama 'aku' dan 'gua' diubah . perkataan 'saya' mengambil peranan .


kenapa?


dah post pasal ayah gua saya . maka, untuk menunjukkan perasaan yang mata keatas tangan ke bahu [posture respek] mestilah kena sopan .kan3.

*tak pasti kenapa 2 3 hari ni saya semangat betol apdet belog . entah ada ka idok orang baco loh .


oke...



KENAPA SAYA SAYANG DEDI SAYA ?


sebab aku tak sayang ayah kau .. HAHA


joking



1. sebab dia ayah saya . perlu elaborasi lagi ka?



2. sebab ayah saya kacak . tiada keraguan lagi . bukti ? kewujudan saya .


3. sebab ayah kawen dengan emak saya . tanpa percantuman ovum dan sperma daripada mereka tiadalah saya dan juga adek-beradek saya yang lain . tapi yang pasti saya dapat genetik terbaik .

*maaf budak medis memang sedikit perasan dan l*c*h


4. sebab dia terel bahasa inggelis . tapi BI
SPM saya tak A pelas lah :'(


5. sebab dia ada moto besaq


mutu gaya dan keunggulan



kalau naik moto ni , sirius lah nampak stailoh . err. tapi tak pasti macam mana faktor pemilikan moto besaq dapat menambah kasih sayang saya pada beliau .


mungkin beliau nampak lebih hensem begini . ayah yang hensem sebenarnya bule memberi efek positif dalam jiwa anak2.


ya lah . anak mana tak suka jalan bahu seteret 180 darejah sambil mencanang satu dunia


" bapak gua saya hensem"


tapi jangan sampai lah riak . harta benda tak ke mana.


ah sudah2 . entri ini bukan berhala tujukan tazkirah . esok-esok saya buat . [entah bila pulak]






6. sebab dia selalu berpenat lelah demi kami berempat .

I know . 4 years ago . when I was in form three . midnight . you are damn too tired to take me to the tution class . but U ignored it .

U almost slept while driving because U are too tired . sori Ayah .

and I know very well . the look on your face tell everything . each time you came home after a long day of tutions , talks for Ur students . u r beaten up. but yet . u ignored it . for the sake of ur child . thanks ayah .


thanks ayah . I cant find any words available in your language [english] to show how big my love to you .





you are my dad , ayah , dedi , abah , walid , papa









and you are my hero












p/s . mak jangan lah jeles pulak tengah kumpul idea . ngeeheheh














Tuesday, March 1, 2011

pesanan untuk awak yang saya sayang


oke . post ni ada kaitan dengan post nawal . tapi ni ulasan aku bagi ikut stail blogger tak pemes .
bukan ulasan acctualy . kopi pes suda .

aku bukan nak cilok idea beliau . tapi kan best kalau ilmu yang lazat ni dikongsi lagi ramai . walaupun aku tahu yang baca dari link ni bapa ketol sahaja . adeh . sadis .

pesanan ini untuk kawan-kawan wanita . erk . terasa tua . oke . my-not-a-girl-not-yet-a-woman
friends . dan diri sendiri .




Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya.

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.

Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan .





panah arjuna itu kadang-kadang membahayakan . bewaaareee