Thursday, December 22, 2011

im sorry




im sorry

when I let grade make me loose all the beautiful smiles around me






smile


even when the world are against you.







*****



:) <------ this smiley goes to AINUL AQILAH





*******


pray for me people

finals in one week

Saturday, December 10, 2011

new title

assalamualaikum.


ok, entri lama tuh tak ikhlas . yang ni baru betul-betul.

alhamdulillah, seharian berjalan hari ini ada masa diluangkan untuk mengasah skill menulis yang makin berkarat. orang kata, doktor ni tak best. otak terlalu sentipik. semua nak ikut fakta. maka harapnya dengan tangan galak menulis boleh menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan. Allah bagi dua otak guna sebelah buat apa. ye dak?

done with my second exam. alhamdulillah. syukur itu pada sikit dan banyak. ada yang ok ada yang tak. tapi overall tak meningkat masih di takuk yang lama.

yelah, subjek menghafal awal-awal lagi tolak tepi.

yes! I admit it. I hate memorizing.

and nak jadi doktor tapi malas menghafal itu namanya pembohongan yang hakiki.

sebagai contoh, kalau malas nak menghafal ubat, apa adverse effect dia nanti masok spital jenoh la nak selak buku. mau kena luku laju-laju ngan prof.



yes! to be at where you wanna be you have to make sacrifices



I chose to be on this path. so pahit manis nak jadi doktor kena telan. tak penah ada sejarah orang mati menghafal. lain lah kalau kes bunuh diri.


first thing first to solve a problem is to face it


seriously tak tipu, dah lebih setahun bergelar student medic tapi baru hari ni dapat terima hakikat yang ambek medic kena banyak menghafal. memang tiada jalan pintas. oh man, reality hurts.

puan emak suruh menghafal Quran nak bagi otak tajam. ahhh, masih mencuba. serius tabek mereka yang 30 juz dalam kepala. you got my respect man.


tapi itulah, orang kata kejayaan yang manis itu datang selepas usaha yang sepahit hempedu.

harapnya tatkala melihat senyuman si pesakit dapat menghilangkan perit jerih menuntut ilmu. :)




salam





p/s. seriously tulisan kali ni cam hampeh. saja nak bagi updet dekat hampaaa jaaa. sekian

Thursday, December 8, 2011

done

im done with second exam.

Sunday, November 27, 2011

now and before

















its not the middle of race that counts . not even the beginning .




its the end.



and when I said the end




its the day when the Izrail come and knock on our door.




beware.




Salam Maal Hijrah







‎"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri "

(Ar-Ra'd: 11)

Wednesday, November 23, 2011

dedikasi


berjalan beringin dengan seorang sahabat tatkala selesai exam patho. alhamdulillah. tak gempak tak terok.

sakan bersembang sanpai tak sedar seorang wanita OKU dihadapan.


"herm, dekat Jordan ni kalau jumpa orang cacat satu benda yg pelik."

"asai?"

"sebab orang2 dekat Jordan ni bergaya. tetibe dia cacat.
mesti payah kan hidop dia semua orang lawa-lawa"




terfikir sejenak.



dekat Malaysia selalu mengadu dekat mak

"Mak, why im not this why im not that"



dan selalu akan dibalas dengan sentuhan lembut sang ibu. tapi, lepas 2 3 kali asek mengadu benda sama sudah pasti dibalas dengan sergahan. yalah, asek mengadu kenapa tak secantik siti Nothalija ibu mana boleh tahan sabar.



SYUKUR ITU PADA YANG SIKIT DAN BANYAK




benar. biar tak secantik Siti, biar tak sekaya Bill Gate. tapi syukur itu adalah kunci kedamaian.

syukur dengan nikmat tubuh yang sempurna, syukur dengan nikmat rezeki hari ini, syukur dengan nikmat adanya mak ayah.




















perhatikan alam sekeliling . kerana di situ ada nasihat yang tersembunyi.







***************


entri ini untuk kalian. kalian yang banyak menyokong. walaupun blog ni dah gaya hidop segan mati tak mahu, masih ada yang sudi menjengah. *terharu*

mungkin ini adalah kesan awal menjengah kehidupan sebagai pelajar medic , atau ini barangkali kesan yang akan berpanjangan. pray for me will ya? :)

sayangkan blog ini juga, dan sayangkan orang yang sayangkan blog ini. hik hik. gagahkan hati updet. semoga ada hati-hati yang suram tersentuh dengan sang penulis yang tak kurang kelam harinya . :P



sekian. *malas pulak nak out bila tangan dah mula panas nak menaip*








Saturday, November 19, 2011

tak lama lagi



komen



kosong



shoutbox



penoh iklan




tiada lagi sapaan mesra seperti dulu




tak lama lagi



delete la blog ni




tak pasti mana hilang semangat nak menulis. benar lah orang kata, doktot ni la puitis langsongg! heh

5 tahun lg bakal menyaksikan lupusnya skil-skil menulis karangan omputes and bahasa Melayu yang diasah dengan penuh jitu oleh cekgu tanpa penat lelah. kasihan mereka.

orang kata nak pastikan orang baca blog kita kena ada syarat-syarat ni


1) apdet! at least seminggu sekali

2)tulisan yang akan buat orang kept coming back

3) ada gambaq. buku medic yang gedabak tu pon ada gambaq apatah lagi blog kita yang emphhh .nak cakap pon tak sanggop




AND I FAILED!



sirius. mat x berapa nak soleh kata driving force tu hilang entah ke mana.

dalam kepala ada tulis silibus, kawan, and balek Malaysia.

blog ni entah ke mana kena campak.

nak menulis pon tarak idea. bayangkanlah, I would feel extremely stupid when I spend to much time on blogging while I have a lots of other things to do (baca: habehkan baca buku)

seeee. you can see how medic had turned me into such a nerd. who care kan?

orang kata (semua orang kata) , doktot ni berkorban hidup untuk memastikan kelangsongan hidop orang lain. dengan izin Allah la kan opkos.

but nowayyyyyyyyyyyyyyy, im going to sacrifice my life for others.

well, baru 2nd year kan. he he. mintak-mintak dah grad nanti semangat tu ada lah.

tengok. dah melalut hapekebende ntah. ok, nak out dah .




kan dah cakap.



tak lama lagi delete la ni. heh




Saturday, November 5, 2011

cheq malu

salam.

apdet yang dijanjikan belum kunjung tiba. apdet ini sekadar nak mengkhabarkan bahawa saya masih sihat . apdet yang bermain di kotak fikiran hanya tunggu masa nak diluahkan. tapi malangnya masa itu belum tiba.

alahaaaaiii. berbahasa nya laaa. tak pasti la pulak pasai pa. ayat sedap tak pa gak . heh




****************



"akak ingat lagi dulu, masa akak kecik-kecik. akak dengan mak akak bukak kedai masa malam raya . sebab ramai sangat orang, kedai tutup lambat . pagi tu akak ngan mak akak sambut raya dengan maggi "



" akak dulu zaman sebelum datang Jordan , menjual kuih dekat universiti. biasalah, nak cari pendapatan tambahan. tapi itulah, macam orang kata , rezeki Allah itu ada di mana-mana. hidup tak mewah tapi tak gelisah "



dua akak yang berbeza tapi memberi tamparan yang sama .


di sisi saya, situasi nya berbeza .

mak ayah makan gaji .

diri sendiri dapat terbang ke negara orang hasil ehsan cukai duit rakyat.

yang tinggal, hanya belajar . membawa segulung ijazah pulang ke Malaysia .

tapi rungutan masih berpanjangan.

medik susah , medik berat , tinggal dekat Jordan ni azab , tak kira nak balek Malaysia nak raya Haji dengan mak .

haiiiihh. wahai manusia , malulah dengan Tuhan.

tatkala susah , sujud berpanjangan di tikar sejadah.

bila dah senang , sejadah dipandang dari hujung mata ,

bila meminta , tak pernah nak kira nikmat yang diberi ,

meminta hanya untuk kesenangan dunia .

nak result gempak, nak kehidupan yang mudah .

haiihh , malu lah sikit.



kononnya belajar kerana Allah ,

kononnya nak mencari ilmu Allah ,

tapi itu semua hanya waktu musim exam ,

waktu senang niat entah ke mana buku entah ke mana .

status Facebook sehari empat lima kali .




haihhh, malu lah sikit.




sudah . itu sahaja . tamparan tamparan itu ditujukan untuk diri sendiri .

sekian.