Saturday, November 5, 2011

cheq malu

salam.

apdet yang dijanjikan belum kunjung tiba. apdet ini sekadar nak mengkhabarkan bahawa saya masih sihat . apdet yang bermain di kotak fikiran hanya tunggu masa nak diluahkan. tapi malangnya masa itu belum tiba.

alahaaaaiii. berbahasa nya laaa. tak pasti la pulak pasai pa. ayat sedap tak pa gak . heh




****************



"akak ingat lagi dulu, masa akak kecik-kecik. akak dengan mak akak bukak kedai masa malam raya . sebab ramai sangat orang, kedai tutup lambat . pagi tu akak ngan mak akak sambut raya dengan maggi "



" akak dulu zaman sebelum datang Jordan , menjual kuih dekat universiti. biasalah, nak cari pendapatan tambahan. tapi itulah, macam orang kata , rezeki Allah itu ada di mana-mana. hidup tak mewah tapi tak gelisah "



dua akak yang berbeza tapi memberi tamparan yang sama .


di sisi saya, situasi nya berbeza .

mak ayah makan gaji .

diri sendiri dapat terbang ke negara orang hasil ehsan cukai duit rakyat.

yang tinggal, hanya belajar . membawa segulung ijazah pulang ke Malaysia .

tapi rungutan masih berpanjangan.

medik susah , medik berat , tinggal dekat Jordan ni azab , tak kira nak balek Malaysia nak raya Haji dengan mak .

haiiiihh. wahai manusia , malulah dengan Tuhan.

tatkala susah , sujud berpanjangan di tikar sejadah.

bila dah senang , sejadah dipandang dari hujung mata ,

bila meminta , tak pernah nak kira nikmat yang diberi ,

meminta hanya untuk kesenangan dunia .

nak result gempak, nak kehidupan yang mudah .

haiihh , malu lah sikit.



kononnya belajar kerana Allah ,

kononnya nak mencari ilmu Allah ,

tapi itu semua hanya waktu musim exam ,

waktu senang niat entah ke mana buku entah ke mana .

status Facebook sehari empat lima kali .




haihhh, malu lah sikit.




sudah . itu sahaja . tamparan tamparan itu ditujukan untuk diri sendiri .

sekian.

0 comments:

Post a Comment