Saturday, September 1, 2012

2 Things

2 perkara yang saya kira tidak seiring di dunia ini (pada pandangan saya la, pandangan orang lain tak tahu)


dosa dan pahala.


Dosa dan pahala itu umpama dua gerabak yang bergerak ke arah destinasi yang berbeza. setiap pergerakan mereka itu umpama debit dan kredit. Pahala itu menambah debit dan dosa itu menambah kredit. Umpama cas positif dan negatif lebih mudah difahami.

Melakukan dosa dan pahala pada masa yang sama itu umpama... umpama.. ergh tak tahu nak diumpamakan dengan apa. Tapi yang pasti dosa itu melambatan pergerakan. Berjalan itu terasa seperti punya batu besar di belakang. Berusaha melakukan kebaikan sebanyak mungkin tetapi dosa itu cuba dikaburkan akhirnya akan meninggalkan anda kelelahan di belakang. Yang putih itu putih dan yang hitam itu hitam. 



"Jumud nya Islam. kenapa putih mesti putih dan hitam perlu hitam. Kita kan ada kelabu. Nabi pun suruh ambil yang pertengahan"


Nabi suruh kita tinggalkan laranganNya secara total dan tiada sikap saya beserdahana dalam membuat dosa. Dosa tetap dosa kakak. Seumpama perangai "Saya mencuri doploh sen jeww". Aktiviti itu masih dikira mencuri yedak?

" Isk rigidnya Islam "

Sememangnyalah perlu rigid dah kalau Syurga itu indah. Nak masuk Dolmabache Palace pun kemaing kena beratur, ikut waktu, NO TACING ON THE WALL yeda yeda apetah lagi nak masuk ke kawasan yang tak pernah terlintas di hati, didengar oleh telinga dan dilihat oleh mata. Kan?

Jangan dicipta pelbagai alasan yang beribu sebagai tiket untuk anda membuat dosa. 

Trust me, jalan yang halal itu lebih diberkati.





0 comments:

Post a Comment