bila terasa letih perasaan ingin menulis itu terasa membuak-buak. seolah-seolah penat hilang dibawa angin. letih, memang letih. kaki terasa seperti mahu tercabut, setiap muscle terasa diregang sebolehnya. Tetapi setiap kali melihat si ibu mengandung 7 bulan lagi laju dari langkah si penulis yang masih berstatus bujang, tatkala itu lah terasa malu sendiri.
Buat pekerjaan para Nabi bukan calang-calang kekuatan, keihlasan, kekritisan berfikir yang diperlukan. Sebolehnya mahu menjangkau potensi diri sejauh mungkin selagi terdaya. Senyuman adik-adik itu membahagiakan. Agak tak layak untuk diri ini mengatakan mahu masuk syurga bersama-sama tatkala berbakul-bakul dosa dibelakang. Tapi usaha itu datangnya dari cita-cita.
Esok, kelas bakal bermula. Mulakan dengan bismillah. Sungguh, terasa bersemangat mahu menyelak-nyelak lecture notes yang berkadang kadang. Harapnya himmah (semangat) ini berkekalan hingga ke akhir tahun. diberi kesempatan bertemu dengan seoprang neurologist 2 3 hari lalu. Terasa ditiup semangat baru. Wujud rupanya doktor berakhlak, yang menyabut dengan senyuman mesra. Ok, dah merepek.\\
I need to get some sleep. Assalamualaikum semua.
p/s --> For ainul aqilah, would really want to get to know you. Do add me on Fesbuk [Fauwiza Fauzi]. hihi
0 comments:
Post a Comment