setahun sudah berlalu. berlalu dengan segala manis dan pahit bergelar pelajar perubatan tahun 2.
ada kalanya " Tahniah fauwiza! pergh scorer genetics "
ada kalanya " Markah kite lagi dua nak fail " kata saya
jatuh bangun di tahun 2, (dan selalunya jatuh) -.-
dan masih menanti paper yang last.
bila dah masok tahun 2, tak berani cakap dah naik tahun selagi muaddal (purata keseluruhan) tak officially released. anything can happen sis, anything.
pernah dihikayatkan oleh seorang kakak, ada seorang kakak scorer ni, markah tak keluar even dah amek exam. dan beberapa kisah yang lain.
teringat zaman KISAS dulu. agak taksub nak masuk 501. ni kelas budak top-top la. lalu sebelah kelas diorang ni memang bunyi kipas berpusing. almaklumlah semua tengah tunduk berteleku membaca buku.
tapi, ujian akhir gagal Matematik Tambahan teruiiiiihhh. markah time tuh 27. markah Kimia 85 and Fizik 82.
kalau Allah tanak bagi tu memang dia takkan bagi punya no matter how hard you re trying to deny it. You are a servant after all. remember?
dan bersyukur pun tak masuk 501. because 506 teach me how to be human. Im not saying budak 501 tu tak human, its just that if I do get a seat for 501, ill be more not human. hehe.
bulan 9, insyaALLAH! jikalau tiada aral, bakal naik ke tahun 3. subjeknya GIT (gastroitestinal), Endocrine, and Musculoskeletal.
doakan saya jadi seorang doktor yang Mu'min. nak kaut semua title memang tak mudah. kalau nak jadi doktor sahaja mudah, kalau nak jadi Muslim sahaja mudah. tapi dunia sekarang bukan satu title yang diperlukan dalam satu-satu masa. and title yang saya maksudkan di sini bukan title Dato', Tan Sri yeda yeda.
dan selamat berRamadhan buat kalian pembaca blog yang da semput-semput ni. Sungguh, rasa tak lama lagi blog ni bakal terkubur. Mintak maaf buat kalian yang mencari sedikit semangat dari blog ini, tetapi selalu disapa oleh tulisan penulis yang hampeh.
Nampaknya, semakin membesar semakain bertambah prioriti. Dan malangnya, blog ini bukanlah diantara prioroti utama. Mahu mengalih masa untuk manusia-manusia di alam nyata pula. katanya alam nyata itu lebih 'real'. (memang la dah nama pun alam nyata)
satu sahaja pesanan yang saya buat tinggalkan kalian yang berminat untuk berputus asa mencari jalan
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat" (2:186)
jikalau perkhidmatan wireless disediakan 24 jam percuma, jangan nak kerek sangat Fauwiza!
k. Assalamualaikum. doakan saya selalu. terasa semakin hari semakin lebat pula berbicara. hehs
1 comments:
amboi, amboi. kutuk 501 naaa. haha. org lain tu tunduk teleku membace. aku tunduk teleku tido. =.='
Post a Comment