assalamualaikum . how ya doing people ?
hows Haghi Ghaya ? komfem la best kaaan . ( :
tahun ni , raya kena berjihad sikit . berjihad menahan nafsu menggelojak nak makan ketupat, nasik himpit, tart nanas, almond london, mee kuah, mee bandung, koey teow goreng, char koey teow, ayam masak merah blah blah blah during open house .
sebab
sebab
sebab
I gain
uisshh , kiamat nak dekat gamaknya nak bagitahu .
senang cakap tak sikit la naik . hik hik
cabaran besar student middle east barangkali . cabaran untuk tak naik berat . makanan halal banyak . tiap tiap hari ayam , daging . berggh . lain la macam bebudak Korea . tiap tiap hari ikan manjang . patot la orang Korea slim gitteww .
jangan risau , tahan perot tak bermaksod Ja tak makan langsong . makan , tapi sikit la . sikit like satu ketupat sahaja yang sempat dibaham for this raya . hehe . *tengah bangga dengan diri sendiri*
2 TIPS UNTUK OPEN HOUSESSSSS YANG TAK PERNAH KENAL ERTI JEMU
1. minum air sebelom gerak . air tu air mineral , air jarang , air kosong , air mati . bukan ayaq ribenaa macam gula tumpah tuh .
2. melahap buah dengan penuh jitu . bukan buah hati mahupun buah fikiran . fruits omputes cakap ynowwww. buahan tempatan digalakkan .
sila buat benda ni sebelom bergerak ke rumah orang sebab sedikit menipu kalau nak kata pegi rumah orang tiba-tiba ada ciku atas meja . dan takkan la hampa nak pegi sergah dapoq depa tanya
'buah ada ?'
lagipun , kalau dah pergi rumah orang mengadap makanan yang sungguh menggugah iman , kalian takkan ingat punya dah ayaq mineral kaa , buah ka apa benda lagi . yang penting , nafsu makan gua tahun ni dibelai dengan penuh kasih sayang . yedak?
and and and , one thing you should know why we should control our bad eating habit during hari raya .
sebab doktot penat nak rawat orang pakat kena darah tinggi lepas raya hang taw dakk!
ok2 , chill. Im not a doctor yett pon. bajet ja lebeh. tapi fakta tu betoi naaa .
sebab utama dia , prevention is better than curing . lepas kena , penat nak merawat kot. dah la ubat mahai zaman sekarang . top up pon dah kena cukai untuk membantu pembelian cincin 24 juta , tak mustahil kos perubatan in the future pon akan mahai gak .
follow the sunnah people even during eating . what had been done by Muhammad peace be upon him is the best!
tak caya? tak caya buat lah research kenapa Nabi makan buah sebelom makan bukan selepas makan , kenapa Nabi tidor mengiring kesebelah kanan bukan ke sebelah kiri , kenapa Nabi suka buah labu .
buat ah research . hang kata hang terar! fakta pasal kenapa Faezah Elai kawen dengan Heykal dah ada , takkan yang ni pon tok leh kot . hik hik .
yang paling utama , bacalah Bismilllah sebelom makan . dengan menyebot nama Allah sebelom makan , inysaALLAH lebih berkat . benda yang berkat makan sikit pon terasa cukup . : )
ok , sudah penat merepek . sudah la tuh . lastly , Selamat Hari Raya , mintak mahap zahir batin.
bye .
0 comments:
Post a Comment