"Kak Wan, nah ni Kak Wan punya tugasan"
"Anda dikehendaki mencari lima orang akhawat dan peluk mereka dengan penuh kasih sayang"
Kak Wan tersengih kucing.
Kak Wan mendepakan tangan.
"Padia Kak Wan?"
Tak sampai setengah saat berada dalam pelukan Kak Wan. Pelukan hangat. Pelukan hangat yang dirindui.
"Kak Wan jangan buat saya nangis dekat sini boleh tak?"
Berlalu pergi dengan penuh macho.
Sambung menangis belakang pokok.
Caiiittt.
**************
Dia yang bernama Kak Wan.
Setahun yang lalu......
"Uhibbuki fillah"
"Ye ye Kak Wan *annoyed* "
Terpancar kekecewaan disebalik senyuman Kak Wan.
Maafkan saya Kak Wan, waktu itu memang alergik dengan perkataan-perkataan yang orang selalu kata 'jangan nak islamik sangat boleh?'
Kadang-kadang menyesal, terasa mahu diputarkan ke masa setahun yang lalu. Terasa seperti
"Kak Wan boleh tak cakap macam tu tiap-tiap hari"
Ayah pernah berkata
"Hampa jangan nak gaduh sangat, nanti bila hampa dah pakat menikah semua, baru la hampa nak rindu masing-masing"
Aneh, saya tak punya pertalian dengan Kak Wan.
Tetapi terasa ucapan ayah serba kena.
Kak Wan yang saya pun tak perasan yang saya rindddddddddduuuuu sangat.
Kak Wan yang pertama kali menyentuh saya dengan tarbiyah.
Rindu segala-galanya tentang Kak Wan.
Jika dulu, dialah orang yang saya lihat gemar bersujud panjang dihujung rakaat, doa dipanjat dengan penuh kusyuk.
Alhamdulillah, Kak Wan masih kekal begitu.
Semoga, perkahwinan mu sampai ke syurga
:')
Uhibbuki fillah Kak Wan
****************
Siapa yang tak pernah dengar erti tarbiyah, saya terangkan dalam bahasa paling mudah.
Anda nak tahu kenapa Abu Bakr hebat? Kerana beliau ditarbiyah oleh Nabi Muhammad. Tarbiyah itu didikan Islam. Kerana, nak bagi kita berperangai seperti Muslim yang sejati bukan sesaat dua yang dituntut , tapi mungkin bertahun-tahun. Ok, sudah. Semua dah faham? Bagus!
K.Assalamualaikum!
Sediakan diri anda untuk mencari tarbiyah
0 comments:
Post a Comment