Friday, June 29, 2012

Iron heart

I need some space.


Manusia itu diuji pada titik kelemahannya.


Nampaknya, masih gagal dalam ujian kehidupan.


Belajar hidup susah, sebab orang yang sudah terbiasa hidup dalam kemewahan kadang-kadang kurang hati perut.

Friday, June 22, 2012

rufaidah




tengah kusyuk solat


"huwaaa.. huwaaa... huwaaa"


Esakan kecil Rufaidah kedengaran beserta bau yang agak 'harum'.

Habes solat semua menoleh ke arah Rufaidah



"Fedah yaaaaakk, huwaaa"


Pasukan mebasuh b*r*k terlatih berpakaian serba hitam pantas bergerak mendapatkan Rufaidah yang serba basah.




" Timah, awak basuh Rufaidah. Kite basuh baju dia"

"Ok!"

Arahan disambut dengan muka yang penuh dedikasi.

7 minit kemudian , misi selesai.

Kedua-kedua pelatih keluar sambil mengelap-lap peluh dipipi.


Fewwww...



Mencabar jugak profession seorang ibu ni.









Beberapa tahun yang lalu

"Ewwwww"


Kami keempat beradik serentak berkata tatkala melihat najis baby seorang mak cik.


"Jangan nak eww eww sangat la. Besaq-besaq nanti hampa nak kena basuh berak ayah"

Sambut ayah.


Krik krik krik.

Masing-masing mengimiginasikan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

" Dahh, jangan nak pikiaq jauhh sangat. Hampa kecik-kecik dulu ada yang ayah hisap hingus kot sebab hingus sumbat dalam hidung"


"ewwwwwwwwwwwwwww"

Harakat bertambah dua tiga das.











Seorang ibu dan seorang ayah mungkin boleh menjaga deretan anak, tetapi deretan anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dan seorang ayah.



Sounds typical? Yang tipikal itulah selalu yang orang buat.





p/s> sory lah hupdate banyak sangat. gatal pulak nak menaip






for a land that I never see




In one narration it is reported that Allah (swt) made Paradise and told Jibreel (the angel Gabriel) to fly for three thousand years. So Jibreel took a journey for three thousand years and then he came back. Allah (swt) asked him, “What did you think?” Jibreel responded, “I can’t believe it.” Allah (swt) told Jibreel to go for another three thousand years and then after that another three thousand years. When Jibreel finally came back Allah (swt) told him, “Do you know what you just saw? Part of the paradise of Abu Bakr (ra).”




Meinggalkan kecintaan tak pernah mudah.




Ganjaran yang besar tentulah pengorbanan bukan cap lem pong punya pengorbanan yang dituntut





Guide me, please 


:(

Friday, June 15, 2012

simple

When I was litle

things could be explain with one word


like

car = kereta

chair = kerusi


but as you grow, things are not that simple



" Why you are getting more serious with me "

" Why you are parting ways from us "



How I wish I could explain in one word.



Mengah.

Mengah memuaskan hati semua manusia.

Mengah menyusun ayat.

Mengah melayan emosi semua orang.



Grow up,

 cause the world never stop spinning to wait for you.







Tuesday, June 5, 2012

Dia bernama Kak Wan


"Kak Wan, nah ni Kak Wan punya tugasan"

"Anda dikehendaki mencari lima orang akhawat dan peluk mereka dengan penuh kasih sayang"


Kak Wan tersengih kucing. 

Kak Wan mendepakan tangan.


"Padia Kak Wan?"

Tak sampai setengah saat berada dalam pelukan Kak Wan. Pelukan hangat. Pelukan hangat yang dirindui.


"Kak Wan jangan buat saya nangis dekat sini boleh tak?"


Berlalu pergi dengan penuh macho.

Sambung menangis belakang pokok.

Caiiittt. 



**************


Dia yang bernama Kak Wan. 

Setahun yang lalu......

"Uhibbuki fillah"

"Ye ye Kak Wan *annoyed* "

Terpancar kekecewaan disebalik senyuman Kak Wan.

Maafkan saya Kak Wan, waktu itu memang alergik dengan perkataan-perkataan yang orang selalu kata 'jangan nak islamik sangat boleh?'

Kadang-kadang menyesal, terasa mahu diputarkan ke masa setahun yang lalu. Terasa seperti 

"Kak Wan boleh tak cakap macam tu tiap-tiap hari"





Ayah pernah berkata

"Hampa jangan nak gaduh sangat, nanti bila hampa dah pakat menikah semua, baru la hampa nak rindu masing-masing"

Aneh, saya tak punya pertalian dengan Kak Wan. 

Tetapi terasa ucapan ayah serba kena.




Kak Wan yang saya pun tak perasan yang saya rindddddddddduuuuu sangat.

Kak Wan yang pertama kali menyentuh saya dengan tarbiyah.

Rindu segala-galanya tentang Kak Wan.

Jika dulu, dialah orang yang saya lihat gemar bersujud panjang dihujung rakaat, doa dipanjat dengan penuh kusyuk. 

Alhamdulillah, Kak Wan masih kekal begitu.

Semoga, perkahwinan mu sampai ke syurga

:')


Uhibbuki fillah Kak Wan






****************


Siapa yang tak pernah dengar erti tarbiyah, saya terangkan dalam bahasa paling mudah. 

Anda nak tahu kenapa Abu Bakr hebat? Kerana beliau ditarbiyah oleh Nabi Muhammad. Tarbiyah itu didikan Islam. Kerana, nak bagi kita berperangai seperti Muslim yang sejati bukan sesaat dua yang dituntut , tapi mungkin bertahun-tahun. Ok, sudah. Semua dah faham? Bagus! 

K.Assalamualaikum!

Sediakan diri anda untuk mencari tarbiyah