15 minit yang berharga, barangkali di masa-masa akan datang tiada kesempatan lagi nak menulis.
lagi 15 minit akan berhenti menulis. memberi fokus pada benda yang lebih utama.
mintak maaf abaikan blog ni pada pembaca.
"kami hanya bukak blog ni kalau blog ini satu-satunya yang tinggal di dalam galaksi Bima Sakti. jangan risau"
balas kalian
sedikit atas kepada tarikh (baca: up to date)
1) buat akaun Facebook baru. mintak maaf yang tak teradd. rasionalnya? sebab risau tak sempat delete status lama yang sungguh sungguh sungguh pfffttttt. nak cakap pon tak sanggup.
sepanjang dua tahun, dah 3 kali buat status orang yang mati mengejut. lecturer, sepupu dan kawan satu batch. tak mustahil di masa akan datang ada orang yang buat status untuk saya pula. @.@
pada waktu itu, mustahil bagi seorang hamba yang banyak dosa mahu aibnya terbuka selagi mana Israfil tidak meniup sangkakala. nauzubillah.
2) melihat dunia dalam satu posisi yang lain. posisi akan membentuk persepsi. mengharapkan kalian mendapat posisi yang terbaik dalam melihat dunia.
3) memulakan sem 2 second year dengan Bismillah. (entri ini dibuat ktk esoknya adalah minggu ke3 sem ini). mula melihat tubuh manusia dalam satu set yang lebih lengkap dan SUKA! ( :
4)bebanan hidup makin dan akan bertambah. tapi itulah hakikat saya diciptakan didunia ini. mengharapkan saya menjadi hamba yang lebih kental.
15 minit berakhir. Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang yang entah bila pula akan tulis. 2 tahun lagi barangkali. kbye! assalamualikum ( :
0 comments:
Post a Comment