Ini entri dalam draft yang dah lama.
Amaran : Entri ini akan lebih serius dari biasa. Sila bersedia.
Kecoh Malaysia dua tiga hari ini disebabkan isu Irsyad Manji. Pelajar-pelajar Malaysia di Jordan tak kurang kecohnya dalam mempertahankan hujah masing-masing. Ada yang setuju 'talk' Irsyad Manji diteruskan dan ada yang menyokong pembatalan 'talk' tersebut. Syabas buat mereka yang matang berfikir. Bukan sekadar isu akademik, kahwin, bercinta yang menjadi perbualan utama kalian.
Saya secara peribadi merasakan tidak wajar 'talk' Irsyad Manji diteruskan atas dasar
1) Kita membuka platform kepada beliau untuk menyebarkan fikrah yang songsang
2) Umat Islam dibiarkan untuk menentukan 'stand' masing-masing selepas 'talk'
Tetapi, saya juga tidak menolak hujah mereka yang merasakan wajar 'talk' beliau diteruskan tetapi sekali lagi, secara peribadi saya merasakan wajar seandainya beberapa syarat diletakkan ke atas Irsyad Manji sebelum dibenarkan memberi 'talk'.
1) Bukan ditempat yang terbuka.
2) Bukan 'talk' sebaliknya debat
Benar, ada tokoh Muslim yang mampu berdebat dengan baik. Oleh itu, wajar sekiranya debat tertutup dilakukan antara Irsyad Manji dan mereka. Bukan apa, risau jika ada dikalangan umat Islam yang aqidahnya belum sejahtera makin keliru dengan identiti sendiri selepas mendengar 'taujihat' dari Irsyad Manji.
Bukan itu yang ingin di'highlight'kan dalam tulisan ini, cuma mengajak kalian untuk menyoroti (betul ke word menyoroti) sejarah Irsyad Manji itu sendiri.
Dilahirkan dalam keluarga Islam, pernah dihantar ke sekolah agama dan akhirnya dibuang sekolah kerana terlalu banyak bertanya. Ya, terlalu banyak bertanya. Dan begitulah jua kisah Zainah Anwar yang juga seorang yang kuat bertanya dan akhirnya menjadi pengasas Sister in Islam, salah satu gerakan liberal di Malaysia.
Maka, dimana silapnya golongan-golongan yang berhadapan dengan mereka yang kuat bertanya hingga melahirkan golongan-golongan yang salah pemahaman mereka tentang Islam.
Nabi Muhammad adalah suri teladan yang baik. Isteri baginda Aisyah r.a juga seorang yang kuat bertanya. Tetapi, lihatlah hasil didikan Baginda, Aisyah menjadi salah seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis dek kerana kecerdasan minda yang dimiliki beliau.
Amat menarik jika kita mampu mengambil teladan dari kisah Syam Kamikaze seorang bekas pemuzik terkenal di Malaysia. Katanya, ketika sekolah jika bertanyakan Ustaz, selalunya soalan beliau akan diakhiri dengan
"Awak tak perlu tahu. Take it as it is"
Dan, saya berani katakan bahawa gejala 'Take it as it is' masih menular di golongan-golongan zaman sekarang, hatta dari orang biasa-biasa hinggalah ke golongan yang menggelar diri mereka pendakwah. Budaya mencantas soalan sewajarnya ditolak sejauh-jauhnya seandainya ingin melahrikan masyarakat yang kritis berfikir.
Dan, pengalaman saya sendiri bukan sekali dua soalan saya dicantas yang akhirnya membawa kepada putus harapan untuk mencari kebenaran.