Monday, September 24, 2012

jarak


Pengalaman mengajar saya, sekali berpisah dengan seseorang jangan sesekali mudah memberi jaminan,

 "Ah, kita akan bertemu lagi, apa perlu risau?'



Setahun yang lalu, sepupu yang dahulunya selalu belanja kami pusing kampung dengan moto kapcai, belanja ais krim pergi buat selama-lamanya 

"Jumpa lagi tahun depan Bang Cik"


Salah saya, terlupa bibir ini untuk menuturkan insyaAllah. Bagaimana boleh hati ini sebegitu yakin tatkala Nabi sendiri ditegur pabila terlupa menuturkan insyaAllah ketika berbicara dengan para sahabat bahwa wahyu akan diturunkan. Tiada siapa yakin mata ini akan tercelik lagi esok hari, bahkan mungkin terpejam selama-lamanya beberapa minit lagi. Tiada siapa tahu. Hakikat yang kita sering lupa, mati itu hanya sedekat umpama disebalik tabir. 


Jika dahulu saya katakan rumah besar itu membahagiakan, bilik berseorangan itu menenangkan. Entah kenapa, teratak buruk kami hari ini terasa terlampau sunyi tanpa kalian, bilik kecil ini terasa bergaung tanpa seorang lagi sosok tubuh. Selalunya malam sebegini kita berkongsi cerita, tapi nampaknya Allah jodohkan kita punya malam-malam tersebut hanya untuk beberapa hari. Jika merancang itu adalah satu perlawanan, sudah tentulah Allah pemenangnya.

Hilangnya kalian dari mata ini, bukan sebarang punya sebab. Semoga diberi ganjaran dan kekuatan. Tiada harapan untuk kalian selain sama-sama kita bertemu di negeri yang tak pernah dilihat oleh mana-mana mata penduduk bumi ini.

Jaga diri. Rindu kalian sudah :')

Saturday, September 15, 2012

letih


bila terasa letih perasaan ingin menulis itu terasa membuak-buak. seolah-seolah penat hilang dibawa angin. letih, memang letih. kaki terasa seperti mahu tercabut, setiap muscle terasa diregang sebolehnya. Tetapi setiap kali melihat si ibu mengandung 7 bulan lagi laju dari langkah si penulis yang masih berstatus bujang, tatkala itu lah terasa malu sendiri.

Buat pekerjaan para Nabi bukan calang-calang kekuatan, keihlasan, kekritisan berfikir yang diperlukan. Sebolehnya mahu menjangkau potensi diri sejauh mungkin selagi terdaya. Senyuman adik-adik itu membahagiakan. Agak tak layak untuk diri ini mengatakan mahu masuk syurga bersama-sama tatkala berbakul-bakul dosa dibelakang. Tapi usaha itu datangnya dari cita-cita.

Esok, kelas bakal bermula. Mulakan dengan bismillah. Sungguh, terasa bersemangat mahu menyelak-nyelak lecture notes yang berkadang kadang. Harapnya himmah (semangat) ini berkekalan hingga ke akhir tahun. diberi kesempatan bertemu dengan seoprang neurologist 2 3 hari lalu. Terasa ditiup semangat baru. Wujud rupanya doktor berakhlak, yang menyabut dengan senyuman mesra. Ok, dah merepek.\\

I need to get some sleep. Assalamualaikum semua.

p/s --> For ainul aqilah, would really want to get to know you. Do add me on Fesbuk [Fauwiza Fauzi]. hihi

Saturday, September 1, 2012

2 Things

2 perkara yang saya kira tidak seiring di dunia ini (pada pandangan saya la, pandangan orang lain tak tahu)


dosa dan pahala.


Dosa dan pahala itu umpama dua gerabak yang bergerak ke arah destinasi yang berbeza. setiap pergerakan mereka itu umpama debit dan kredit. Pahala itu menambah debit dan dosa itu menambah kredit. Umpama cas positif dan negatif lebih mudah difahami.

Melakukan dosa dan pahala pada masa yang sama itu umpama... umpama.. ergh tak tahu nak diumpamakan dengan apa. Tapi yang pasti dosa itu melambatan pergerakan. Berjalan itu terasa seperti punya batu besar di belakang. Berusaha melakukan kebaikan sebanyak mungkin tetapi dosa itu cuba dikaburkan akhirnya akan meninggalkan anda kelelahan di belakang. Yang putih itu putih dan yang hitam itu hitam. 



"Jumud nya Islam. kenapa putih mesti putih dan hitam perlu hitam. Kita kan ada kelabu. Nabi pun suruh ambil yang pertengahan"


Nabi suruh kita tinggalkan laranganNya secara total dan tiada sikap saya beserdahana dalam membuat dosa. Dosa tetap dosa kakak. Seumpama perangai "Saya mencuri doploh sen jeww". Aktiviti itu masih dikira mencuri yedak?

" Isk rigidnya Islam "

Sememangnyalah perlu rigid dah kalau Syurga itu indah. Nak masuk Dolmabache Palace pun kemaing kena beratur, ikut waktu, NO TACING ON THE WALL yeda yeda apetah lagi nak masuk ke kawasan yang tak pernah terlintas di hati, didengar oleh telinga dan dilihat oleh mata. Kan?

Jangan dicipta pelbagai alasan yang beribu sebagai tiket untuk anda membuat dosa. 

Trust me, jalan yang halal itu lebih diberkati.