Friday, May 18, 2012

Irsyad Manji dan bertanya

Ini entri dalam draft yang dah lama.

Amaran : Entri ini akan lebih serius dari biasa. Sila bersedia.


Kecoh Malaysia  dua tiga hari ini disebabkan isu Irsyad Manji. Pelajar-pelajar Malaysia di Jordan tak kurang kecohnya dalam mempertahankan hujah masing-masing. Ada yang setuju 'talk' Irsyad Manji diteruskan dan ada yang menyokong pembatalan 'talk' tersebut. Syabas buat mereka yang matang berfikir. Bukan sekadar isu akademik, kahwin, bercinta yang menjadi perbualan utama kalian.

Saya secara peribadi merasakan tidak wajar 'talk' Irsyad Manji diteruskan atas dasar

1) Kita membuka platform kepada beliau untuk menyebarkan fikrah yang songsang
2) Umat Islam dibiarkan untuk menentukan 'stand' masing-masing selepas 'talk'

Tetapi, saya juga tidak menolak hujah mereka yang merasakan wajar 'talk' beliau diteruskan tetapi sekali lagi, secara peribadi saya merasakan wajar seandainya beberapa syarat diletakkan ke atas Irsyad Manji sebelum dibenarkan memberi 'talk'.

1) Bukan ditempat yang terbuka.
2) Bukan 'talk' sebaliknya debat

Benar, ada tokoh Muslim yang mampu berdebat dengan baik. Oleh itu, wajar sekiranya debat tertutup dilakukan antara Irsyad Manji dan mereka. Bukan apa, risau jika ada dikalangan umat Islam yang aqidahnya belum sejahtera makin keliru dengan identiti sendiri selepas mendengar 'taujihat' dari Irsyad Manji.

Bukan itu yang ingin di'highlight'kan dalam tulisan ini, cuma mengajak kalian untuk menyoroti (betul ke word menyoroti) sejarah Irsyad Manji itu sendiri.

Dilahirkan dalam keluarga Islam, pernah dihantar ke sekolah agama dan akhirnya dibuang sekolah kerana terlalu banyak bertanya. Ya, terlalu banyak bertanya. Dan begitulah jua kisah Zainah Anwar yang juga seorang yang kuat bertanya dan akhirnya menjadi pengasas Sister in Islam, salah satu gerakan liberal di Malaysia.

Maka, dimana silapnya golongan-golongan yang berhadapan dengan mereka yang kuat bertanya hingga melahirkan golongan-golongan yang salah pemahaman mereka tentang Islam.

Nabi Muhammad adalah suri teladan yang baik. Isteri baginda Aisyah r.a juga seorang yang kuat bertanya. Tetapi, lihatlah hasil didikan Baginda, Aisyah menjadi salah seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis dek kerana kecerdasan minda yang dimiliki beliau.

Amat menarik jika kita mampu mengambil teladan dari kisah Syam Kamikaze seorang bekas pemuzik terkenal di Malaysia. Katanya, ketika sekolah jika bertanyakan Ustaz, selalunya soalan beliau akan diakhiri dengan

"Awak tak perlu tahu. Take it as it is"


Dan, saya berani katakan bahawa gejala 'Take it as it is' masih menular di golongan-golongan zaman sekarang, hatta dari orang biasa-biasa hinggalah ke golongan yang menggelar diri mereka pendakwah. Budaya mencantas soalan sewajarnya ditolak sejauh-jauhnya seandainya ingin melahrikan masyarakat yang kritis berfikir.

Dan, pengalaman saya sendiri bukan sekali dua soalan saya dicantas yang akhirnya membawa kepada putus harapan untuk mencari kebenaran. 












Sunday, April 1, 2012

5 Minit


5 minit untuk rakan saya

rakan blogging saya


















FOR HER ENGAGEMENT!!!!!!


Fatin Husna Kamaruddin

may Allah grand you with a bless marriage

:)













Friday, February 17, 2012

15 minutes yang berharga

Assalamualaikum,

15 minit yang berharga, barangkali di masa-masa akan datang tiada kesempatan lagi nak menulis.

lagi 15 minit akan berhenti menulis. memberi fokus pada benda yang lebih utama.

mintak maaf abaikan blog ni pada pembaca.


"kami hanya bukak blog ni kalau blog ini satu-satunya yang tinggal di dalam galaksi Bima Sakti. jangan risau"


balas kalian




sedikit atas kepada tarikh (baca: up to date)

1) buat akaun Facebook baru. mintak maaf yang tak teradd. rasionalnya? sebab risau tak sempat delete status lama yang sungguh sungguh sungguh pfffttttt. nak cakap pon tak sanggup.

sepanjang dua tahun, dah 3 kali buat status orang yang mati mengejut. lecturer, sepupu dan kawan satu batch. tak mustahil di masa akan datang ada orang yang buat status untuk saya pula. @.@

pada waktu itu, mustahil bagi seorang hamba yang banyak dosa mahu aibnya terbuka selagi mana Israfil tidak meniup sangkakala. nauzubillah.


2) melihat dunia dalam satu posisi yang lain. posisi akan membentuk persepsi. mengharapkan kalian mendapat posisi yang terbaik dalam melihat dunia.


3) memulakan sem 2 second year dengan Bismillah. (entri ini dibuat ktk esoknya adalah minggu ke3 sem ini). mula melihat tubuh manusia dalam satu set yang lebih lengkap dan SUKA! ( :


4)bebanan hidup makin dan akan bertambah. tapi itulah hakikat saya diciptakan didunia ini. mengharapkan saya menjadi hamba yang lebih kental.



15 minit berakhir. Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang yang entah bila pula akan tulis. 2 tahun lagi barangkali. kbye! assalamualikum ( :






Friday, December 30, 2011

@.@

more than 12 hours studying makes my emetic centre are overly stimulated









bahasa mudah















nak muntaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh daaahh stadi doblas jam












but at the end its is such a bless to study bout the best creation on earth

doakan kami :)

Thursday, December 22, 2011

im sorry




im sorry

when I let grade make me loose all the beautiful smiles around me






smile


even when the world are against you.







*****



:) <------ this smiley goes to AINUL AQILAH





*******


pray for me people

finals in one week

Saturday, December 10, 2011

new title

assalamualaikum.


ok, entri lama tuh tak ikhlas . yang ni baru betul-betul.

alhamdulillah, seharian berjalan hari ini ada masa diluangkan untuk mengasah skill menulis yang makin berkarat. orang kata, doktor ni tak best. otak terlalu sentipik. semua nak ikut fakta. maka harapnya dengan tangan galak menulis boleh menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan. Allah bagi dua otak guna sebelah buat apa. ye dak?

done with my second exam. alhamdulillah. syukur itu pada sikit dan banyak. ada yang ok ada yang tak. tapi overall tak meningkat masih di takuk yang lama.

yelah, subjek menghafal awal-awal lagi tolak tepi.

yes! I admit it. I hate memorizing.

and nak jadi doktor tapi malas menghafal itu namanya pembohongan yang hakiki.

sebagai contoh, kalau malas nak menghafal ubat, apa adverse effect dia nanti masok spital jenoh la nak selak buku. mau kena luku laju-laju ngan prof.



yes! to be at where you wanna be you have to make sacrifices



I chose to be on this path. so pahit manis nak jadi doktor kena telan. tak penah ada sejarah orang mati menghafal. lain lah kalau kes bunuh diri.


first thing first to solve a problem is to face it


seriously tak tipu, dah lebih setahun bergelar student medic tapi baru hari ni dapat terima hakikat yang ambek medic kena banyak menghafal. memang tiada jalan pintas. oh man, reality hurts.

puan emak suruh menghafal Quran nak bagi otak tajam. ahhh, masih mencuba. serius tabek mereka yang 30 juz dalam kepala. you got my respect man.


tapi itulah, orang kata kejayaan yang manis itu datang selepas usaha yang sepahit hempedu.

harapnya tatkala melihat senyuman si pesakit dapat menghilangkan perit jerih menuntut ilmu. :)




salam





p/s. seriously tulisan kali ni cam hampeh. saja nak bagi updet dekat hampaaa jaaa. sekian

Thursday, December 8, 2011

done

im done with second exam.