Thursday, March 10, 2011

segan


bila aku segan aku rasa macam nak penerajang orang




















benarlah kata mereka tulisan aku memang ganas.

tak padan dengan pompuan .

nak buat macam mana . jiwa rempit ni susah betol nak buang.





tapi

kalau dah asek cakap pasal kawen.

sapa tak segan.

adeh








p.s. sori tak dapat hapdet blog . internasi rumah bantot . ya2 . aku tahu . aku perasan ada orang baca blog ini . sedar diri la weh .




incoming entri "kenapa mahu jadi doktor"










Friday, March 4, 2011

aku makhluk desperados



yeah . tanpa segan silu mengaku .

tak sampai 24 jam , post entri baru .

desperados la tu kan .

tak apa .

demi hakak [baca:kakak] gua .

nama penuh ikot IC ?

uih mana buleh bagi tahu .

yg penting nama dia Hani .




APA YANG ANDA TAK TAHU PASAL BELIAU TAPI SAYA TAHU .


1. 2.03.1990 adalah birhday beliau . eh . sori yang ini semua tahu .


2. beliau ni mak aih . garang tu tak payah cakap lah . ada persamaan sedikit dengan aunty I yang sorang tu . tapi hati beliau flufy . sangat . contoh nanges bila kena marah dengan mak . weng2 .


kalau nak betekak dengan dia , awal-awal lagi aku angkat bendera putih . aku nak hidup lebih lama .


3. beliau sayang saya . eleh tayah la nak blushing . bek mengaku cepat .


4. beliau ni sebenarnya otak bijak . tapi malas kurang rajin .


kenapa saya cakap dia bijak ? [sekejap aku, sekejap saya, sekejap gua. ahhh. bantai]


bijak bukan bermakna kau dapat phD dalam kos petroleum enginering semata . bukan bermakna kau jadi doktor kau pandai .


beza mereka semua hanyalah rajin dan tak rajin . pendapat aku lah .


so, dia kategori kurang rajin bukan tak bijak .


macam mana aku tau . aku tau lah . dah nama pun akak gua . mestilah paham jiwa beliau .


akak aku ni banyak bukak mata aku luas-luas macam mana nak wusha meneliti orang dengan cara yang lagi kaboom .

contoh


"Ja tengok , kalau perempuan kurang jelita menggedik mesti laki akan cakap geeddiikknywew"

" tapi kalau bagi stok-stok Hamis Jalikha , Fatin Liyana menggedik mesti depa cakap , cuuteeenyeeeww"


ha, tengok .

idea beliau memang bernas dan lemak berkrim .

tapi aku tak kata semua lelaki macam itu ok .

sebenarnya contoh ni tak cukup mengancam .

ada lagi , tapi da lupa . biasalah hari-hari telan semut dalam gula .







DAN APA YANG DIA TAK TAHU PASAL SAYA

saya sayang dia . sangat .

saya rindu dia . hari-hari .












Thursday, March 3, 2011

hari aku kau dan mereka perlu bersedih



*amaran keras. aku banyak cakap lebat dalam blog . tak bermakna aku sebaik itu [baik ke]. but trying to be like that*



salam.


hari ini berapa hari bulan anak-anak ? [waktu jordan]

oh, tepat!


3 Mac


hari ini bukan hari jadi bakal mak mertua aku [aku pun tak tahu siapa]



tapi adalah hari untuk aku kau dan mereka untuk bersedih.

oh, bukan sebab duit elaun habes area-area ini .

tapi , terjatuhnya sistem khilafah adalah pada hari ini . sob3 :'(


eh . apa itu khalifah ?


mai duduk dekat-dekat, rapat-rapat . bawak palaotak minda masing-masing nuuuuun jauh ke sana .







beratus-ratus tahun yang dahulu .

tahukah anak-anak bahawa dahulu kala tamadun Islam ini luas.

2/3 dunia bhai . by population not area oke.


kau bayangkan kau jalan-jalan, eh orang Islam . jalan lagi . eh, kau pun Islam jugak . jalan lagi . dan kau boleh agak jalan cerita yang seterusnya .



dan Islam mereka bukan seperti Islam sekarang .


Sabda Baginda SAW :

"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."




2/3 tuh dinaungi oleh seorang sahaja ketua . peh . hensem habeh .



kau bayangkanlah . sebagai contoh

seorang perempuan kena harass area-area Kuala Tampin . tapi khalifah yang duduk belah-belah Timur Tengah bule dengar 'rintihan' perempuan tuh.

dan tindakan segera diambil walaupun perempuan itu melayu dan khalifah itu arab . waaaahhh.. sooo keeeewwwlll .

aku bg secara contoh . nak bagi anda sekalian nampak.

nak cakap kata, sistem khalifah dolu-dolu bukan satu tempat . tak dibatasi perbezaan budaya dan kaum . asalkan kau Islam , kau akan dinaungi . best bukan?

pastu rijal [baca:lelaki] zaman dulu sangat lah stailoh .

you name it .


Salahuddin al-Ayubi

Khalid al-Walid

Thariq bin Ziyad


rokok-rokok ni tak main la .

rempit apatah lagi

[jangan kau nak berhujah dengan aku zaman dulu tadak moto]


berwawasan tahu . calon suami idaman .







ini bergaya




kau bule bayang tak ni . aku dah semangat bagi deskiripsi .


best kan?

tapi hari ini , itu semua sudah tiada .

tak pasti ke mana hilangnya rijal yang hensem-hensem dulu .

tak pasti di mana lagi tempat kalimah Allah ditegakkan .


eh , aku pasti kenapa .

sebab sistem khilafah sudah tiada .

musnah.

orang Islam sudah tidak dinaungi lagi. terbiar .

dipijak-pijak .

wahai ladies dan gentleman yang jelita serta macho sekalian . bangkit lah semula . ikut balik apa yang disuruh . jangan ikut kata hati . itu propaganda *sensored* barat semata.



surat cinta dari Dia hayati .

kata-kata Baginda amalkan .






tak mahukah kita lihat seluruh umat Islam bergabung semula ?






Mesir
2 juta manusia . satu imam .
















Wednesday, March 2, 2011

kenapa saya sayang dedi saya






untuk post kali ni kata ganti nama diri pertama 'aku' dan 'gua' diubah . perkataan 'saya' mengambil peranan .


kenapa?


dah post pasal ayah gua saya . maka, untuk menunjukkan perasaan yang mata keatas tangan ke bahu [posture respek] mestilah kena sopan .kan3.

*tak pasti kenapa 2 3 hari ni saya semangat betol apdet belog . entah ada ka idok orang baco loh .


oke...



KENAPA SAYA SAYANG DEDI SAYA ?


sebab aku tak sayang ayah kau .. HAHA


joking



1. sebab dia ayah saya . perlu elaborasi lagi ka?



2. sebab ayah saya kacak . tiada keraguan lagi . bukti ? kewujudan saya .


3. sebab ayah kawen dengan emak saya . tanpa percantuman ovum dan sperma daripada mereka tiadalah saya dan juga adek-beradek saya yang lain . tapi yang pasti saya dapat genetik terbaik .

*maaf budak medis memang sedikit perasan dan l*c*h


4. sebab dia terel bahasa inggelis . tapi BI
SPM saya tak A pelas lah :'(


5. sebab dia ada moto besaq


mutu gaya dan keunggulan



kalau naik moto ni , sirius lah nampak stailoh . err. tapi tak pasti macam mana faktor pemilikan moto besaq dapat menambah kasih sayang saya pada beliau .


mungkin beliau nampak lebih hensem begini . ayah yang hensem sebenarnya bule memberi efek positif dalam jiwa anak2.


ya lah . anak mana tak suka jalan bahu seteret 180 darejah sambil mencanang satu dunia


" bapak gua saya hensem"


tapi jangan sampai lah riak . harta benda tak ke mana.


ah sudah2 . entri ini bukan berhala tujukan tazkirah . esok-esok saya buat . [entah bila pulak]






6. sebab dia selalu berpenat lelah demi kami berempat .

I know . 4 years ago . when I was in form three . midnight . you are damn too tired to take me to the tution class . but U ignored it .

U almost slept while driving because U are too tired . sori Ayah .

and I know very well . the look on your face tell everything . each time you came home after a long day of tutions , talks for Ur students . u r beaten up. but yet . u ignored it . for the sake of ur child . thanks ayah .


thanks ayah . I cant find any words available in your language [english] to show how big my love to you .





you are my dad , ayah , dedi , abah , walid , papa









and you are my hero












p/s . mak jangan lah jeles pulak tengah kumpul idea . ngeeheheh














Tuesday, March 1, 2011

pesanan untuk awak yang saya sayang


oke . post ni ada kaitan dengan post nawal . tapi ni ulasan aku bagi ikut stail blogger tak pemes .
bukan ulasan acctualy . kopi pes suda .

aku bukan nak cilok idea beliau . tapi kan best kalau ilmu yang lazat ni dikongsi lagi ramai . walaupun aku tahu yang baca dari link ni bapa ketol sahaja . adeh . sadis .

pesanan ini untuk kawan-kawan wanita . erk . terasa tua . oke . my-not-a-girl-not-yet-a-woman
friends . dan diri sendiri .




Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya.

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.

Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan .





panah arjuna itu kadang-kadang membahayakan . bewaaareee







Friday, February 25, 2011

aku yang sangat dulu-dulu



kecik-kecik dulu kau dengar lagu apa?

Raihan? ouh bagos

aku pun . tapi di alam meningkat remaja aku tuka selera.


penah dengar Yellow Card . ish . bukan yang dalam padang main bola tuh .



ni ha




kumpulan ni tak pemes mana pon . tapi dia muncul masa aku form 2 .


peh . ingat zaman-zaman dulu aku nak tergelak pon ada .


bagi aku dulu , vokalis dia lah makhluk paling kacak . sanggup berlari masok umah sebab waktu tayangan video clip ni pukul 6.30 .
betul-betul waktu aku sampai rumah . hehehe . dahsat en .


hari ni , aku wusha balek video clip "only one" . kumpulan ni lah nyanyi . zaman dulu aku menggelupur sebentar bila lagu ni tayang kat Astro , Hitz.tv *rajin search lah dekat internasi*



satu ja komen aku bila aku tengok balik setelah aku tinggalkan lagu ni untuk beberapa tahun .


"their video clip sumpah lah *sensored* "





hapa kejadahnya tengah-tengah riot bule pulak main pusing-pusing dengan awek dia . tak jantan sungguh .


lain kali nak dengar lagu ni aku dengar sambil butakan mata . cucuk bijik mata sampai buta pun aku sanggup selagi mana aku tak perlu tengok video clip yang sunggoh... erm ..dah2 . nak cakap pun aku tak bernafsu .


taste aku memang lagu rokas . sekarang pon . benarlah kata mereka . nak tinggalkan jahiliyah tu susah benar bila kau da jadikan gaya hidup .


tapi better than before en ? *wink wink*


at least aku dah tak layan GEMPAK , UTOPIA .


herm . bukak topik komik ni satu kejadah lah pulak .




dulu-dulu mana ada buku Solusi . aku layan buku ni lah sebagai alternatif .. hehe

tipu je . syaiton semua itu . Asuh ada . tapi Gempak tatap menjadi pojaan hatikuh.


duulu lah .



best tahap tak engat lah buku ni . tapi aku dulu layan Utopia lagi pada Gempak . Gempak untuk kanak-kanak pramatang .


Utopia banyak gosip panas artritis barat berotak karat ..


kalau dulu fakta artis kau tayah cakaplah . bukan dihujung jari . tapi di hujung kuku .

sanggup langgan semata-mata aku dapat hapdet artis terchenta


zaman-zaman dulu baca Gempak rasa kacak bergaya . rasa stailoh habeh

tapi aku rasa semua orang ada zaman dia masing-masing .

Zaman pre Jahiliyah , zaman Jahiliyah , Zaman pasca Jahiliyah

hell yeah lah aku paham bila kau cakap susah .

tapi bergeraklah dari hanya menunggu .

sebab dunia sudah tenat .




tahniah :)



Thursday, February 24, 2011

hadiah dari Dia



alam ini penuh dengan rahsia .
kita yang perlu bijak menilai
















okeh . isu yang nak dibawak pada hari ini berat . sila bersedia .

tidak lah berat sangat sampai rasa nak terjun lombong emas area Kuala Tampin *ada ka?* . bule diterima lojik akal lagih

dulu aku penah setori . duit aku hilang di Syria . jumlah yang tidak sikit .jumlah yang bule lah kau nak beli Nike Limited Edition .

hilang di Makam Nabi Zakari . muka aku chill ja time tuh . padahal dalam hati hanya Dia yang tahu .

sepanjang journey, one question keep popping in my mind . peh . bahasa enggelih aku hebat jugak .


" apa Dia cuba nak bagitahu "



sekarang aku dah ada jawapan . apa ? ada lah .

eh tak , aku nak setori la ni .

kenapa tajuk hadiah dari Dia . sebab hadiah tu bukan kau yang bagi .

sebab hadiah tu bernilai . hadiah nak bagi aku jadi orang yang lagi baik dari dulu .

hadiah tu kau sekaya Bill Gate pun kau tak akan mampu .

sekarang , the puzzle is completed .

kenapa aku ditemukan dengan dia ?

kenapa purse aku hilang ?

semua ada jawapannya .




hidup ini tak selalunya indah

kadang-kadang kita sering menyerah kalah

kononnya inilah cabaran paling maksima

tapi kita sering lupa

pada manusia yang lagi tabah

kerap kali juga

mulut terlupa mengucap kalimah keramat

Alhamdulillah

kononya semua ini kita yang punya

Syukran Ya Ilahi

pada nikmat yang tak terkira